Ketua Menteri Sarawak Letak jawatan?
Desas-desus di Sarawak bertiup kencang mengenai kemungkinan Ketua Menteri negeri itu Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meletakkan jawatan sejurus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Taib dikatakan telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua minggu lalu untuk membincangkan perkara itu. Beliau menerajui Sarawak hampir tiga dekad.
Menurut sumber, pengganti Taib adalah Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu.
Taib dilantik menjadi Ketua Menteri pada 26 Mac 1981 dan memegang rekod pemimpin negeri paling lama di Malaysia.
Keputusan Taib itu dikatakan akan membolehkan SUPP memulihkan sokongan dikalangan pengundi Cina di Stampin, Bandar Kuching, Sarikei, Lanang, Sibu and Miri serta menawan semula bandar Kuching and Sibu daripada DAP. Read More @ Source
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments