Lawatan Nik Aziz Ke Pulau Pinang: Kenapa Tiada Perbincangan Tentang Isu Kalimah “Allah”?

January 29, 2013   ·   37 Comments

tgna_karpal_bd copy

Kecoh betul di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily dan blog-blog pro-PAS semalam mengenai kunjungan Mursyidul Am PAS ke Pulau Pinang dan telah mengadakan pertemuan dengan seorang Bishop Katolik, Sebastian Francis di sana.

Kononnya, dengan pertemuan antara Nik Aziz dan Bishop tersebut, ia akan meredakan ketegangan yang tercetus dari isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible berbahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.

Malah dalam lawatan Nik Aziz ke negeri jajahan Guan Eng itu, dia telah menyambut harijadinya di kediaman Pengerusi DAP dan Karpal Singh telah menghadiahkan sebiji kek harijadi padanya dalam lawatan tersebut.

Kononnya, mereka berdua "mesra"lah, kan? Memanglah "mesra semacam" saja bila Nik Aziz dan Karpal dikatakan berbicara mengenai pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura PAS…

Apatah lagi bila laporan mengenai kunjungan Nik Aziz ke rumah Karpal dan pertemua dengan Bishop itu tidak menyentuh langsung tentang soal penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible bahasa Melayu…

Cuba sebut tentang isu itu, saya yakin Nik Aziz takkan lama di Pulau Pinang…kan?

Sepanjang lawatan Nik Aziz di Pulau Pinang, tiada sebarang laporan pun dari media-media pro-pembangkang yang melaporkan tentang sebarang perbincangan mengenai isu kalimah "Allah" berlangsung di antara Nik Aziz dengan pemimpin DAP atau Bishop tersebut.

Malah cakap-cakap mulut di kalangan para penyokong PAS di sebelah utara semenanjung menyifatkan lawatan Nik Aziz itu hanyalah sekadar propaganda untuk meredakan kemarahan mereka terhadap DAP dan PKR yang mahu kalimah "Allah" tercemar di negara Islam ini.

Kata mereka, mereka tidak sekali-kali akan tertipu dan percaya lagi dengan mainan propaganda tersebut selagi DAP dan PKR menurut kehendak Majlis Syura PAS yang mahu hak eksklusif penggunaan kalimah "Allah" itu dikekalkan sebagaimana yang ditetapkan kerajaan selama ini.

Paling menarik, sekumpulan penyokong PAS yang saya temui di Sungai Petani tadi berkata, biarlah PAS tidak memerintah sehingga kiamat asalkan kalimah "Allah" tidak dicemari DAP dan PKR, serta Islam tidak dicabar oleh kedua sekutu parti mereka.

Sebenarnya, para penyokong PAS sudah lama memendam rasa dan menahan sabar dengan kerenah DAP dan PKR yang sejak lima tahun dulu memandang "lekeh" pada parti mereka serta mencabar perjuangan parti "bulan" itu.

Malangnya, mereka mendakwa para pemimpin PAS sendiri sangat lemah dan terlalu "beri muka" kepada DAP dan PKR sehingga kedua parti pembangkang itu "naik kepala" dan "tumbuh tanduk syaitan di atas kepala".

Tekad mereka, tiada lagi undi yang akan diberikan kepada DAP dan PKR pada PRU ke-13 nanti. Mereka tidak akan meninggalkan parti, tapi para penyokong PAS ini akan "mengajar" DAP dan PKR tentang "akar umbi PAS bukannya keldai seperti para pemimpin mereka".

Salah seorang rakan PAS saya yang terkenal dengan sokongan terhadap gerakan Syi'ah di utara berkata, PAS sepatutnya keluar dari Pakatan Haram, tapi dia yakin bahawa para pemimpin PAS takkan berani buta begitu.

Bila ditanya sebab dia berkata begitu, selamba saja dia berkata, memang pemimpin PAS di zaman ini tidak sama dengan pemimpin PAS di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, mereka semuanya gila kuasa dan jawatan politik!

Persoalannya, bila para penyokong PAS sendiri pun sudah mengamuk dan bersuara begini, maka memang benarlah kedudukan PAS hanya berada "di bawah tapak kaki" DAP dan PKR. Hina sungguh sehingga sanggup menjual agama demi kuasa.

Sekurang-kurangnya DAP masih sayangkan agama mereka (Kristian) dan Anwar masih sayang pada cita-citanya (nak jadi PM). PAS masih sayangkan Islam lagi, kah?

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012