Kalimah Allah: Boleh Pulak, “Anwar Tak Setuju, Itu Masalah Dia”!!
January 25, 2013 · 38 Comments
RASA nak gelak pun ada melihat kelam kabut dalam Pakatan Rakyat sekarang berhubung tindakan PAS menarik semula persetujuannya untuk membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.
Senang Nik Aziz cuci tangan bila disoal wartawan komennya mengenai pendirian tegas Anwar Ibrahim yang tetap dengan pendirian bertarikh 8 Januari 2013 – menyokong kafir menggunakan nama Allah dalam kitab masing-masing – Anwar tak setuju itu masalah dia, kata Nik Aziz!!
Persoalan, macam mana kata berkomponen, kata Pakatan Rakyat, tapi 2 setuju (PKR, DAP), 1 tak setuju (PAS)? Memandangkan ini persoalan agama, macam mana dari segi hukum, boleh ke guna pendekatan, "itu masalah dia", "itu pasal dia", boleh?
Nanti jadi kerajaan pun macam ini jugaklah ke, ada setuju dan tak setuju, tapi mengaku berkomponen? Mana dia kehebatan Anwar yang diagung-agungkan sangat balacinya tu? Takkan masalah kecil macam ini pun tak boleh selesai, belum masalah besar lagi.
Penulis dah lama sebut, puak-puak ini menipu rakyat bila mendakwa mereka berkomponen. Hakikatnya masing-masing dengan parti masing-masing jugaklah. Cuma nampak PKR dan DAP ini sahaja yang sekata sebab idealogi politik masing-masing tidak banyak berbeza, berbanding dengan PAS yang dakwanya memperjuangkan Islam.
Sebab itu sudah masuk 5 tahun sejak ditubuhkan, Pakatan Rakyat masih tidak didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah, hanya cakap-cakap saja berpakat. Disalahkannya Pendaftar Pertubuhan kerana kononnya sabotaj, kalau ada sabotaj, bawak pergi Mahkamahla, macam tak biasa!!
Tapi bila Anwar sendiri pun kurang nak bercakap masalah pendaftaran Pakatan Rakyat ini, maka faham-faham sudahlah, memang dia tak mahu ia didaftarkan, lebih kepada nak menipu rakyat.
Dalam isu ini juga rakyat boleh melihat bagaimana Nik Aziz berhukum, kalau puak-puak dia buat keputusan yang berlawanan dengan Islam, boleh pulak Nik Aziz kata tidak apa, kalau UMNO yang cakap, cepat sahaja dia tuduh tolak Islam ya.
Inikah dia 'keadilan Islam' yang PAS war-warkan itu? Penulis berani kata, ini tidak Islamik sama sekali.
Keputusan penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian ini penting pada Pakatan Rakyat, sebab mereka dakwa membentuk kerajaan di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Kalau PAS tidak bersetuju, maksudnya bible dalam Bahasa Melayu dengan perkataan Allah bagi menggantikan nama tuhan, hanya boleh diedarkan di Pulau Pinang dan Selangor, 2 negeri yang lain tidak boleh.
Cuba bayangkan kalau puak ini membentuk kerajaan di peringkat persekutuan. Apa akan berlaku kalau nanti 3 parti ini tidak bersefahaman dalam membuat keputusan yang membabitkan kepentingan rakyat?
Macam mana rakyat nak hidup aman dan tenteram kalau Anwar selaku Perdana Menteri tidak boleh kawal parti-parti komponennya, terutama dalam keputusan yang menyentuh kepentingan rakyat?
Ini yang kita perlu fikirkan, tengok keadaan sekarang pun sudah tahu masalah yang akan timbul kalau puak ini diberi kepercayaan mentadbir Putrajaya. Baru cerita kalimah Allah sahaja pun, dah tak boleh nak bersepakat.
Pakatan apa macam ini?
By Adamyan
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments