Pahlawan Bersih Terkulai Dek Gas Pemedih Mata

April 28, 2012   ·   14 Comments

2012-04-28-030

HARI ini tercatat dalam sejarah penulis, pertama kali terkena gas pemedih mata walaupun menjadi penyokong kerajaan yang tegar dari dulu.  Maknanya polis kita adil, penulis yang sokong kerajaan pun dapat penangan gas pemedih mata juga.

Itulah sapa suruh gatal-gatal masuk dalam demonstrasi puak-puak bodoh ya.

Boh garamlah apa pun masih juga tidak hilang perit-perit kesan gas tersebut.  Walaupun tidak berada dalam laluan gas pemedih mata itu tapi kesannya yang dibawa angin masih terlekat di kulit sehingga sekarang.

Maklum, kulit halus.

Apapun, ketika artikel ini ditulis, keadaan sudah semakin tenang, ada juga sekumpulan 2 puak-puak ini yang cuba provokasi polis dengan macam-macam kata nista.  Apa nak dimarahkan polis tu, mereka hanya jalankan tugas melaksanakan perintah mahkamah yang melarang demonstrasi diadakan di kawasan Dataran Merdeka.

Yang pi gatal-gatal nak rempuh jugak tu kenapa, terimalah nasib.

Apa pun penulis rasa kecewalah.  Kecewa sebab melihat bagaimana yang dikatakan pahlawan-pahlawan Bersih ini, rupanya takut dengan gas pemedih mata.  Ada yang kuat-kuat komplen menyalahkan polis kerana menggunakan gas tersebut, kata mereka kenapa tidak sembur air saja.

Eh, boleh pulak pilih-pilih nak kena tembak dengan apa ya.  Ini baru pertama kali penulis dengar boleh pilih-pilih nak ditembak dengan senjata mana satu.

Takbir, takbir, kena tembak gas,  berterabur lari macam anak anjing.

Dah tu, ada juga yang bawak budak-budak.  Ini mana perasaan sebagai ibu bapa pun penulis tak tahulah.  Dok bawak tu buat apa, budak-budak kecik tahu apa pasal politik atau apapun yang diagendakan dalam perjuangan Bersih ni.

Memanglah puak-puak Bersih ini celaka, polis juga hero sebenar.

Hidup polis.

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012