Hj Hadi Bersyukur Mendapat Dosa


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil.

"Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima.

"Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara semala, yang menarik ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya.

"Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal. Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi.

Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke ! tengah b andar raya Kuala Lumpur.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH. Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi - Sumber


Semakin lama semakin nyanyuk orang orang politik di Malaysia. Negara yang sudah aman tenteram masih dikatakan belum aman, sampai mereka menaja keganasan, merosakkan harta benda rakyat dan mencederakan rakyat di negara ini. Malah sampai ketahap mahu membunuh rakyat sekiranya mereka enggan menurut kehendak mereka (klik sini).

Mereka mendakwa mahukan proses demokrasi yang matang tapi malangnya mereka inilah manusia yang langsung tidak matang. Malah ke tahap memalukan anak cucu sendiri dengan bertindak ganas dan zalim keatas rakyat di negara ini. Adakah ini yang dinamakan matang dan adil? Menyiksa dan menzalimi rakyat, itu dikatakan matang dan adil?

Paling sadis apabila Hj Hadi mengharapkan mereka ini mendapat PAHALA dari Allah s.w.t kerana melakukan kekejaman dan kezaliman. Nampak gayanya Hj hadi dah tak kenal mana satu pahala mana satu dosa. Nerakalah tempat selayaknya untuk Hj Hadi dan para pengikutnya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012