Datuk A Kadir Jasin sindir sakan bekas rakan sekerja A Samad Said ‘diguna’ Bersih

April 29, 2012   ·   0 Comments

Samad Said n Ambiga pix

Libertarian Cergas Ko-opt Penyertaan Melayu – Kadir Jasin

PAGI ini, rancangan saya "dicemarkan" oleh demonstrasi Bersih di ibu negara. Laluan saya sesak kerana beberapa batang jalan ditutup. Setelah beberapa lama tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, saya berpatah balik dan menukar haluan.

Saya ucapkan tahniah kepada kenalan saya pada ketika saya bekerja dengan Kumpulan New Straits Times (1976-2000), Abdul Samad Said aka A Samad Said kerana buat kali pertama berjaya menggagalkan saya.

Walaupun A Samad Said kanan daripada saya di NST/Berita Harian, tetapi beliau tidak pernah menjadi halangan atau ancaman apatah lagi menggagalkan saya.

Tetapi hari ini, A Samad Said berjaya menggagalkan saya. Akibat demonstrasi yang beliau dokong bersama seorang lain bernama Ambiga a/p G. Sreenevasan, saya gagal sampai ke destinasi saya. Tetapi saya tidak keseorangan. Ramai lagi yang menderita nasib yang sama.

Saya ucapkan tahniah kepada Sasterawan Negara itu kerana persekongkolan beliau dengan Ambiga dan libertarian lain berjaya memujuk, menghasut dan mempengaruhi orang dan kelompok tertentu berdemonstrasi di ibu negara.

Saya yakin kedudukan istimewa A Samad Said sebagai sasterawan Melayu yang terkenal dan perwatakan beliau yang lemah lembut telah berjaya dimanfaatkan oleh golongan libertarian untuk menarik penyertaan Melayu ikutan.

Libertarian adalah aktivis politik yang menekankan kebebasan, hak individu dan perkongsian atau pakatan sukarela. Melalui pakatan dan perkongsian sukarela inilah mereka bergerak sebagai gerakan politik.

Di negara barat, gerakan libertarian inilah yang menjadi pemangkin kepada kegiatan politik apa yang disebut sebagai LGBT (lesbian, gay, bisexual dan transsexual).

Saya tidak berani mengatakan A Samad Said tidak tahu atau tidak faham falsafah politik libertarian ini. Sebagai penulis dan Sasterawan Negara, saya andaikan beliau cukup berilmu dan bermaklumat.

Jadi, beliau mungkin membabitkan diri dalam gerakan politik golongan libertarian ini kerana beliau ingin menjejaki laluan sasterawan besar seperti (antara lain) Allahyarham A Samad Ismail, Usman Awang (Tongkat Waran) dan Ishak Haji Muhamad (Pak Sako) yang agung, unggul dan terkenal kerana activism politik mereka.

Dari sudut pandangan peribadi saya, A Samad Said telah sedikit sebanyak berjaya menonjolkan imej itu melalui pembabitannya sebagai Pengerusi Bersama (Co-Chairman) Bersih. Kini ramai yang mengaitkan keterampilan beliau dengan pejuang komunis Vietnam, "Uncle" Ho Chi Minh. Kelainan A Samad Said mudah dipisahkan daripada khalayak.

Malah di kalangan generasi muda, termasuk dalam media massa, mereka mula mengelirukan beliau dengan A Samad Ismail apabila mereka menggelar beliau Pak Samad. Bagi generasi saya dan mereka yang dekat dengan dunia kesusasteraan Melayu, panggilan mesra dan hormat Pak Samad adalah sinonim dengan dan eksklusif kepada A Samad Ismail. Bagi kami, wujud dikotomi yang luas antara A Samad Ismail (Pak Samad) dengan A Samad Said.

Mungkin baik bagi pengkaji sosial, politik dan sastera Melayu mendalami hal ini kerana ia berkait rapat dengan minda Melayu yang suka mengikut dan mudah teruja dengan idea-idea asing yang tidak mereka fahami.

Penjajah Inggeris dulu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia memahami psyche orang Melayu ini dan mereka secara sengaja mengko-opt atau melantik orang Melayu ke dalam pergerakan mereka bagi mewujudkan gambaran dan imageri yang pergerakan mereka adalah pergerakan nasional.

Kita lihat bagaimana DAP sejak akhir-akhir ini begitu gigih mencari keahlian Melayu bagi menghapuskan imej yang ia adalah parti komunal orang Cina. Jadi, tidaklah menghairankan kalau gerakan libertarian dan pinggiran juga mengko-opt orang Melayu sebagai maskot dan tukang jampi mereka.

Lagipun, adalah lebih berkesan melihat orang Melayu sebagai bangsa majoriti, berguling di atas jalan raya atau berkonfrontasi dengan polis Melayu berbanding orang Cina atau India. Sebab itulah dalam banyak demonstrasi jalanan sejak kebelakangan ini, yang berada di barisan hadapan adalah Melayu.

Apabila berkonfrontasi dengan polis atau ketika berperang dengan pengganas komunis, ketuanan (leadership) orang Melayu tidak dipertikaikan. Orang Melayu menjadi "tuan" di barisan hadapan. Ketuanan Melayu menjadi busuk dan hanyir hanyalah apabila orang Melayu menuntut hak asasi mereka. Wallahualam.

http://kadirjasin.blogspot.com/

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012