Bersih 3.0: Unit Amal Pas Langgar Arahan Polis & Gagal Kawal Peserta Demo
April 30, 2012 · 33 Comments
Dalam struktur organisasi Pas, Unit Amal memainkan peranan sebagai tenaga penting biasanya dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan selain menjadi tunjang utama untuk kelancaran aktiviti & program kepartian.
Itu matlamat asal yang suatu ketika dulu pernah diamalkan seketika sebelum tugasan tersebut hampir lupus sama sekali semenjak Pas semakin seronok bersekedudukan dengan pakatan pembangkang & NGO pro LGBT serta pro murtad.
Sekarang tugasan utama Unit Amal Pas bukan lagi dalam ruang lingkup berdakwah dan membuat aktiviti amal sebaliknya sepenuh masa sebagai balaci suruhan, penjaga parking, pengawal keselamatan untuk pemimpin pembangkang dan penjaga barisan depan untuk setiap demonstrasi anjuran PKR, DAP dan BERSIH.
Beberapa hari sebelum demonstrasi Bershit 3.0, unit amal telah diwar-warkan akan menjadi tulang belakang mengawal perhimpunan untuk memastikannya aman damai, tenteram dan tidak melanggar peraturan undang-undang mahupun arahan pihak berkuasa.
Menurut kenyataan media oleh pemimpin Pas, sejumlah 4,000 orang anggota Unit Amal (UA) akan dikerahkan untuk kelancaran demonstrasi tersebut. Betul ke 4,000?
Jabatan Amal Malaysia (Unit Amal) hari ini mengesahkan akan menghantar 4 Ribu anggota ahlinya menjalankan tugas mengawal keselamatan sepanjang berlangsungnya Perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu ini.
…"Keseluruhan Unit Amal yang akan diturunkan iaitu yang lengkap beruniform tidak kurang daripada 4,000 orang dan semuanya sudah melaporkan diri," – KLPos, 26 April 2012
Berdasarkan pemerhatian penulis sejak lebihkurang 10.50 pagi hingga sekitar jam 5.00 petang bermula dari Central Market (CM) menuju ke Kotaraya, Petaling Street dan Pudu Raya, hanya beberapa kerat anggota UA sahaja yang serius menjalankan tugas itupun boleh dikira dengan jari.
Penyokong Bersih dan Anti-Lynas merempuh halangan polis di kawasan KLCC. Rempuhan itu dikepalai Unit Amal Pas. – Foto Sinar Harian oleh Nurul Riduan Nor Ashaha |
Dalam perjalanan ke Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di celah-celah bangunan kelihatan sekurang-kurangnya 10 orang anggota UA sedang melantak di sebuah kedai makan mamak bersama puluhan peserta demo tahi kuning, mungkin untuk menggalas perut sementara menunggu wisel demonstrasi duduk dan berak dimulakan secara rasmi.
Semasa kira-kira 3,000 peserta demo di Jalan TAR semakin padat menghala ke depan berhampiran Dataran Merdeka hinggalah mereka memulakan provokasi merempuh penghadang jalan dan kawat berduri, anggota UA yang bertugas di barisan depan terbukti gagal sama sekali untuk menenangkan peserta.
Sebaliknya ada kalangan anggota UA yang menjadi tukang tambah nasi apabila turut mencabut dan merobohkan penghadang jalan serta cuba menceroboh ke Dataran Merdeka manakala di KLCC pula mereka mengetuai 'serangan' untuk merobohkan benteng manusia yang dibuat pihak polis.
Manakala di SOGO, kejadian peserta demo 'naik atas kepala' dengan membaling kon jalan, botol minuman dan batu ke arah sebuah kereta polis hingga menyebabkan kenderaan tersebut terbabas seterusnya terlanggar pembahagi jalan dan merempuh beberapa peserta demo juga menonjolkan kegagalan fungsi UA.
Jika sekalipun hanya kurang 1,000 sahaja anggota UA benar-benar berada di semua lokasi rusuhan Bersih 3.0 sepatutnya mereka sebagai barisan paling depan berkemampuan untuk membimbing keseluruhan kira-kira 15,000 peserta himpunan yang lain supaya menjaga adab dan tertib.
Namun apa yang berlaku sebahagian besar anggota UA turut terbabit secara langsung bersama peserta lain merempuh penghadang polis menyebabkan keadaan mula tidak terkawal dan FRU mula bertindakbalas.
Jika dibanding dengan disiplin budak-budak pengakap sekolah sekalipun ternyata Unit Amal jauh ketinggalan dari segi disiplin dan ketegasan dalam melaksanakan tugas.
Justeru, penulis berpendapat lebih baik saja Unit Amal dibubarkan ataupun kalau masih ada fungsi yang sesuai untuk mereka barangkali layak sekadar menjadi penari poco poco untuk memeriahkan keadaan ataupun dinaik taraf sebagai 'tentera pengganas' pro lgbt.
By HackerXP
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments