BERSIH 3.0: Kisah 250 ribu orang dan Ambiggot, Gas Pemedih Mata & Anwar
April 28, 2012 · 9 Comments
Pernah menonton Liar Liar? Kisah peguam yang suka berbohong? Pelbagai anekdot lucu dan sarkastik mengenai sikap dan peri laku peguam. Namun tidak pernah ada anekdot lucu tentang peguam mengenai kebodohan mereka. Seorang peguam mungkin pemanipulasi. Tapi ia pemanipuilasi yang bijak untuk menang kesnya. Namun kita jarang bertemu dengan peguam yang berbohong secara terang-terangan sehingga nampak kebodohannya.
Berdasarkan satu gambar yang dibuat oleh teknologi super impose, Ambiga dengan bangga mendakwa kepada media bahawa Bersih 3.0 berjaya mencapai sasaran 250 ribu orang. Soalnya, siapa yang sanggup menyatakan gambar tersebut memang benar dan semua gambar yang dirakam oleh semua jurugambar lain adalah satu pembohongan.
Malahan laporan Malaysiakini pada 2.45 p.m. menyatakan
2.45pm: Pasar Seni - The crowd near the Bar Council premises, now estimated at around 5,000, begin to disperse.
A spirited groups remain in front of the barricade and barbed wire separating the crowd from Dataran Merdeka across the river. Behind the barricade, some 80m away, FRU trucks loom.
Untuk pengetahuan umum, Bar Council hanya 200 meter daripada Dataran Merdeka. Jusateru bagaimana Ambiga boleh percaya gambar ini jika media mereka, Malaysiakini, yang selalu menambah angka untuk mereka pun menyatakan hanya 5 ribu orang. Jadi dari mana datangnya gambar ini dan juga jumlah 250 ribu orang angka Ambiga penipu ini? Ketaksuban Ambiga terhadap Anwar Ibrahim menyebabkan beliau terpaksa berbohong. Ini kerana Anwar telah awal-awal lagi menyatakan jumlah penunjuk perasaan hari ini ialah 250 ribu orang. Untuk itu mungkin satu perkataan baru boleh diwujudkan iaitu Ambiggot! Gabungan Ambiga dan Biggot.
Gas Pemedih Mata Kerana Anarkis Sudah Bertindak
Portal ini dari semalam mengkritik Polis kerana terlalu berlembut dengan penunjuk perasaan yang melanggar undang-undang. Namun polis terus bersabar sehinggalah sekitar jam 3 petang tadi. Pada jam 3 petang tadi, sekumpulan pejuang berani mati Pakatan Rakyat telah menolak penghalang jalan, cuba membuka penghalang berduri menuju ke Dataran Merdeka serta merosakkan kereta peronda Polis.
Mereka bukan sahaja melanggar arahan Polis, malah melanggar arahan Mahkamah menghalang sesiapa sahaja daripada masuk ke Dataran Merdeka hari ini. Justeru Polis tiada jalan lain kecuali mengeluarkan arahan bersurai. Khabarnya, penganjur Bersih juga bersetuju untuk bersurai. Namun sebahagian penunjuk perasaan yang taksub kepada Anwar terus mencetuskan kekecohan apabila mendapat sms mengarahkan mereka menceroboh Dataran Merdeka.
Selama berpuluh jam Polis membiarkan sahaja kumpulan "haram jadah" ini melakukan pelbagai tindakan dan aksi asalkan tidak melanggar arahan Mahkamah dan melakukan jenayah besar. Namun apabila Anwar datang menghasut penyokongnya menyerang Polis, segala-galanya telah berubah.
Polis terpaksa menyuraikan perhimpunan Bersih kerana keganasan kecil telah bermula termasuk kemusnahan kereta peronda Polis. Jika polis tidak menunjukkan ketegasan, banyak lagi harta benda kerajaan dan premis perniagaan akan musnah dalam rancangan anarkis Anwar Ibrahim. Justeru itu penggunaan gas pemedih mata dan meriam air sudah tidak dapat dielakkan lagi sebelum sesuatu yang buruk terjadi.
By KuntaKinte
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments