Kekerasan Minimum Memang Dibenarkan Undang-Undang

April 30, 2012   ·   1 Comments

himpunan_keganasan_polis_diluarnegara

SETIAP demonstasi yang dianjurkan Pakatan haram ini, ia mempunyai 2 modus operandi utama.  Pertama, jumlah peserta yang hadir (kalau boleh nak dibagi nampak ramai), kedua nak dicari cerita tentang 'keganasan polis'.

Sampai naik muak dah asyik angle cerita yang sama sahaja setiap kali.

Cakap soal gambar ini, majoriti gambar yang ditunjukkan itu adalah dari close up, memanglah nampak padat.  Budak-budak sekolah rendah yang berhimpun pagi-pagi pun kalau diambil gambar close up, memang boleh diandai berjuta yang ada, walhalnya seribu lebih orang je pun.

Ambil gambar dari udara, yang nampak hujung ke hujung, baru tahulah cerita sebenar macam mana.

Kalau nak claim beratus ribu seperti temberang Ambiga dan Anwar, dicari gambar macam Dataran Tahrir di Mesir, hanya gambar dari udara sahaja yang boleh membuktikan bahawa memang perhimpunan seumpama itu dipenuhi orang.

Adakah Bersih 3.0 seramai ini? Kalau macam ini ramai, takkan dengan 8,000 polis kalah?

Ini gambar close up, cari yang padat-padat saja pulak tu.  25,000 tu logiklah (campur budak-budak).  Untuk sebuah negara yang berpenduduk 28 juta orang, 25,000 orang gila memang wajar dari segi nisbahnya.

Tapi tanpa bodoh-bodoh ini sedar, mereka kelihatan padat itu sebab polis memang sudah kepung mereka mengikut arah angin.  Nanti bila ditembak gas pemedih mata, dapatlah semua yang hadir itu merasa kesannya (termasuklah penulis yang membuat liputan), dan disuraikan tanpa bersusah payah.

Sementara 'keganasan polis' itu adalah tindakan wajar polis yang dibenarkan dalam undang-undang (Akta Perhimpunan Aman), standard sama juga diguna pakai pasukan polis di seluruh dunia (rujuk gambar).

Begitu jugalah hebatnya media asing memainkan isu ini untuk menekan kerajaan Malaysia, sedangkan hakikatnya ada lebih banyak kekerasan sama digunakan pasukan polis di negara mereka dalam membendung keganasan perusuh yang berdemonstrasi secara haram dan ganas.

Pendek kata, kekerasan minimum untuk menyuraikan penunjuk perasaan memang jadi standard biasa polis dimana-mana lokasi dalam dunia.  Jadi kalau perusuh ini rasa polis Malaysia zalim, berambuslah ke luar negara dimana polisnya akan bagi bunga dan ciuman manja untuk perusuh yang mengganas.

Tak mahu cakap banyak, kejadian pada 28 April yang lepas memang satu kejadian jenayah besar-besaran yang diperakukan Ambiga sendiri, melanggar perintah Mahkamah Majistret aka langgar undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, mewajarkan apa jua tindakan polis untuk menyuraikan keganasan yang dicetuskan peserta perhimpunan.

Polis lepas gas pemedih mata dan pancut air gatal bukanlah satu keganasan, itu sebab nak menyuraikan penunjuk perasaan.  Ada lebih kurang 25,000 orang perusuh (campur budak-budak bawah umur dan yang dibawa khas dari Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang) dibanding dengan 8,000 – 10,000 orang polis.

Itupun kumpulan perusuh ini masih gagal menjejakkan kaki ke Dataran Merdeka kerana semua mereka hanya nampak macam bagus tapi dengan gas pemedih mata pun dah berterabur lari macam anak anjing, belum lagi peluru pistol ke peluru mesingan.

Kalau itu, mahu melutut mintak nyawa.

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012