Negara Tanpa Undang-undang, Hishamuddin Perlu Jawab Kenapa Banyak Monyet Atas Jalan Raya Malam Ini
April 28, 2012 · 11 Comments
Apa yang sedang berlaku di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka sejak jam 10.30 malam tadi menimbulkan banyak pertanyaan kepada Polis Di Raja Malaysia dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Sehingga jam 12.45 pagi ini, terdapat kira-kira 200 orang penyokong Bersih sedang menari, melompat, melalak di atas jalan berhampiran Dataran Merdeka. (Selain itu terdapat hampir 200 orang jurugambar dan wartawan berhimpun sekitar kawasan tunjuk perasaan).
Ratusan kenderaan dari Pudu dan Jalan TAR tersekat tanpa sebarang tindakan mengatasinya oleh pihak Polis. Pihak Polis hanya memerhati mereka yang melanggar undang-undang menguruskan sendiri lalu lintas jalan raya. Apakah rakyat Malaysia yang lain, yang tidak memakai baju Bersih akan mendapat keistimewaan yang sama melanggar undang-undang?
Beberapa bulan lalu kerana ada urusan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, saya meletak kenderaan saya di tepi jalan kerana kekurangan tempat meletak kenderaan. Langsung tidak menganggu lalu lintas tapi tetap di saman oleh Polis. Hari ini mereka berdiri mengadakan tunjuk perasaan di atas jalan raya, menghalang lalu lintas tetapi tiada sebarang tindakan daripada ratusan anggota Polis yang berada di sekitar kawasan tersebut.
Maka Menteri Dalam Negeri harus menjawab mengapa orang lain yang menjadi rakyat yang baik, hanya kadang-kadang melanggar undang-undang atas sebab terdesak atau terlalai diambil tindakan tegas. Sebaliknya, malam ini ratusan orang yang menjadi monyet di atas jalan raya tiada apa-apa tindakan pun diambil?
Apa istimewa kumpulan pengacau ini berbanding rakyat lain yang bekerja keras memajukan negara, mematuhi undang-undang dan kadang-kadang terpaksa melanggar peraturan lalu lintas kerana urusan penting selalu dikenakan tindakan. Apakah kerana mereka ini rakyat yang bertamadun, tidak mengadakan tunjuk perasaan dan bukan bersuara lantang maka Polis dan Menteri Dalam Negeri boleh membuli sesuka hati dengan pelbagai saman?
Namun bila berhadapan dengan pengacau, anarkis dan penjenayah lalu lintas yang bersuara lantang, datang dalam kumpulan yang besar dan mempunyai pengaruh politik maka tiada tindakan yang boleh diambil ke atas mereka?
By KuntaKinte
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments