Pinda Interlok Saat Gelap Kebebasan Berkarya

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KEPUTUSAN meminda perenggan-perenggan dalam novel Interlok yang KONONNYA menyentuh dan menyinggung sensitiviti kaum tertentu dalam 1Malaysia adalah saat gelap bagi kebebasan berkarya dan kreativiti kesusasteraan.

Selepas ini, tidak ada lagi karya sastera dan kreativiti kesusasteraan serta persuratan yang selamat daripada penapisan (censorship) oleh pihak berkuasa.

Kesucian (sanctity) hak cipta, keaslian (originality) karya dan fakta sejarah tidak lagi terjamin dan terselamat daripada gunting para penapis.

Bila karya asal dipinda atas apa jua alasan, maka ia bukan lagi karya asli. Ia sekadar bahan ciplak dan plagiarisme walaupun mendapat keizinan rasmi dan perlindungan undang-undang.

Undang-undang yang menjamin hak cipta dan ketinggian minda serta keterbukaan fikiran yang menjadi penentu penciptaan karya agung akan turut mati dipotong oleh gunting penapisan.

Toleransi semakin menipis dan pengisahan susur-galur anyaman kemajmukan 1Malaysia yang sangat unik terbantut dan hambar kerana atas alasan sensitiviti, atas landasan kekuasaan politik dan akibat kejahilan yang semakin menebal, tidak ada apa-apa lagi yang selamat daripada tapisan.

Secara peribadi, sebagai penulis, saya lebih rela karya saya dibakar dan dinyahkan daripada persada ilmu dan kecendekiawanan hambar daripada disunting dan dipinda kerana KONONNYA menyentuh dan menyinggung sensitiviti kaum tertentu.

Kalau karya Sasterawan Negara seperti Abdullah Hussain pun tidak selamat daripada interpretasi tohor dan gunting para penapis makan gaji, maka karya siapa lagi akan selamat?

Dan kalau k! ita bena r-benar berada dalam 1Malaysia yang majmuk, mengapa hanya bangsa India yang mendapat keistimewaan memegang gunting tapisan dan pena merah untuk meminda Interlok?

Wallahualam.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...