Rafizi Mengaku “Kebetulan” Tabur Fitnah Pada PM?
July 25, 2012 · 0 Comments
Saya fikir, sebagai seorang anak muda yang dikatakan "well educated" dan berpengaruh di dalam PKR, Rafizi Ramli menghormati bulan Ramadhan dan menghindarkan diri dari menabur fitnah seperti amalan kebiasaannya.
Malangnya, meskipun mengaku beragama Islam dan berpuasa, dia masih juga tidak dapat meninggalkan perangai buruk yang dipelajarinya dari mentor merangkap "abang terangkat"nya, Anwar Ibrahim dan memfitnah Perdana Menteri.
Sebelum ini, kecoh di pentas-pentas ceramah mengenai dakwaan Rafizi yang menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya telah menyalahgunakan kuasanya dengan bertindak campur tangan di dalam kontrak lanjutan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang.
Dalam tuduhannya yang dicanang di serata ceruk negara, Najib bertanggungjawab dalam satu penyalahgunaan kuasa dengan memberikan projek berkenaan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).
Tapi, setelah mendengar penafian tegas dari Perdana Menteri dan syarikat yang dikaitkannya itu, Rafizi terus membuat kenyataan bahawa kenyataannya itu lebih kepada sifat "bertanya" mengenai sesuatu yang berkait dengan kepentingan awam!
Kebetulan? Kebetulan melemparkan fitnah kepada Perdana Menteri?
Saya ingin bertanya kepada Rafizi yang kononnya "berguru" dengan seorang "Pak Syiekh" itu, apakah dia boleh jawab di depan Allah SWT nanti di Padang Mahsyar bahawa fitnahnya terhadap Datuk Seri Najib hanyalah satu kebetulan?
Jelas sangat dia menabur fitnah! Apakah dia fikir dia boleh lepas dengan dosa fitnah begitu saja di depan Allah kelak? Sudahlah begitu, Rafizi langsung tidak memohon maaf atas tohmahan yang dilakukannya itu!
Mungkin Rafizi cukup bernasib baik memandangkan Perdana Menteri begitu ehsan dan tidak bertindak menyamannya di mahkamah.
Namun saya percaya bahawa dosa fitnah sudah tentu "tidak makan dek saman" bila di depan Allah nanti selagi dia tidak memohon maaf kepada Najib.
Pada pandangan saya, sebagai umat yang mengaku Islam, Rafizi perlu meminta maaf secara terbuka atas fitnahnya terhadap pemimpin nombor satu negara itu.
Selain itu, Rafizi juga perlu "tawaf" ke seluruh negara mengadakan "roadshow" untuk membersihkan nama Datuk Seri Najib yang ditohmah sesuka hatinya di pentas-pentas ceramahnya itu. Kemudian, Rafizi perlu bertaubat agar tidak melakukan dosa fitnah lagi.
Sewajarnya, sebagai seorang anak muda yang berpelajaran tinggi, Rafizi perlu berfikir secara waras tentang mentornya, Anwar Ibrahim, yang banyak mengajarnya menabur fitnah, tohmahan, persepsi kebencian dan amalan berbohong setiap hari.
Rafizi perlu belajar dengan mereka-mereka yang rapat dengan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu dan kini menjauhkan diri dari "Pak Syiekh temberang" itu. Pergilah jumpa Zulkifli Noordin, Ezam, Zahrain dan pengasas Keadilan yang dulu bermati-matian kerana Anwar.
Bekas Pengarah Strategi PKR ini juga perlu belajar sejarah dan latar belakang Anwar yang "gelap gelita" serta sama sekali tidak normal berbanding tabi'i fitrah kejadian manusia.
Bukan apa, usia Rafizi masih muda dan sayang sekali untuk disia-siakan dengan pembohongan mimpi "16 September" dan digula-gulakan dengan jawatan dunia. Berjuang memang bagus, namun ingatlah sama tentang perjuangan akhirat…
Ingat Rafizi! Jangan fitnah orang lagi dan periksa dulu fakta sebenar sebelum mengeluarkan kenyataan atau anda akan dituduh "syababul mufsidun" yang merosakkan pemikiran generasi akan datang. Wallahua'alam.
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments