MPPP Sibuk Halau Peniaga ,Roboh Kampung Daripada Mencuci Longkang.
Gengster DAP ultrakiasu rasis chauvanis Ng Wei Aik cukup terkenal dengan sikap kurang ajar,rasis,angkuh dan juga biadap.
Ng Wei Aik yang cukup dibenci oleh kesemua lapisan masyarakat di Pulau Pinang ini lagaknya bagai maharaja ,dia yang terkenal dengan aksi angkat tong gas dan memukul peniaga tak habis lagi dengan sikap kurang ajar dan biadap.
Kali ini gengster Komtar ini menuduh pihak En Lim Thoon Deong gagal melaksana tanggungjawab mencuci longkang. Sedangkan tugas mencuci longkang dan punca kebersihan tidak dijaga adalah tanggungjawab MPPP. Majlis perbandaran ini lebih rajin menghalau peniaga melayu daripada mencuci longkang.
Menarik sekali apabila Ng Wei Aik menyalahkan pihak MCA terlibat didalam isu ini sedangkan masaalah banjir akibat parit tersumbat adalah akibat daripada regim DAP sendiri yang tidak tahu menjaga kebersihan.
GEORGE TOWN - Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang (HPP) Lim Thoon Deong membidas kenyataan Adun Komtar, Ng Wei Aik yang mendakwa badan itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyelenggara sistem perparitan di hospital sehingga menyebabkan kawasan itu dilanda banjir setiap kali hujan lebat.
Lim berkata tuduhan itu tidak berasas kerana masalah banjir sebenarnya berpunca daripada peniaga di sekitar hospital yang membuang sampah ke dalam parit dan sungai sehingga menyebabkan sistem saliran di kawasan berkenaan tersumbat.
"Sepatutnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertanggungjawab kerana mereka yang beri lesen kepada peniaga ini termasuk menyelia dan menyelenggara saliran tersumbat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ng dalam a! khbar be rbahasa Cina baru-baru ini.
Ng dalam kenyataannya turut mendakwa parti MCA mendominasi pengurusan HPP apabila Lim, yang juga Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA negeri, memegang jawatan sebagai pengerusi lembaga pelawat sejak tahun 1997.
Lim menyifatkan segala dakwaan itu tidak masuk akal kerana pelantikan beliau dibuat secara kolektif dengan mengambil kira kriteria tertentu.
"Sebelum tahun 1990-an lagi saya telah memegang jawatan presiden St John Ambulance dan mempunyai banyak pengalaman menerajui pertubuhan sosial sebelum terlibat dalam politik secara serius.
"Tuduhan ini langsung tidak adil buat saya kerana pembabitan saya dalam lembaga pelawat adalah secara sukarela bukannya kami dibayar elaun atau ditawarkan ganjaran tertentu," katanya dengan nada sedih.
Beliau menyangkal dakwaan Ng, yang juga Setiausaha politik Ketua Menteri, bahawa lembaga pelawat mempunyai pengaruh dalam membuat lantikan anggota keselamatan di hospital itu.
Katanya Lembaga Pelawat HPP hanya berperanan menjadi penghubung antara hospital dan masyarakat, dan langsung tiada kaitan dengan kerja pengurusan dalaman hospital. - Bernama
Pisau kata " lepas jadi YB ,dia ada kelab malam yang beroperasi hingga jam 5 pagi" Read More @ Source
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments