Tukar Pengarah KPDNKK - Prof Madya Dr Mahfuz Omar Pertahankan Pegawai Culas.


Pakar Pengurusan dan Pentadbiran Awam dari parti PAS Prof Madya Dr Datuk Mahfuz Omar hari ini mempertikaikan tindakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan empat pengarah jabatan koperasi negeri bertukar selepas 2 hari berlangsungnya Hari Koperasi Negara apabila kehadiran yang disasarkan 100ribu orang tidak tercapai.

Sasaran 100 ribu ahli koperasi bukanlah banyak berbanding keahliannya mencecah lebih 7 juta orang.Lagi pun program ini adalah untuk ahli koperasi ada juga kalangan mereka dari ahli PAS dan juga PKR menyertai program ini.Namun kehadiran didalam program itu mencecah lebih 60 ribu orang berbanding tahun sebelumnya yang hanya 15 ribu orang.

Yang menariknya Prof Madya Dr Mahfuz Omar persoalkan kenapa harus ditukar 4 pengarah dan seorang daripadanya berkhidmat di Kementerian apabila mereka ini tidak menjalankan tugas dengan baik. Zaman kakitangan awam lembab dan tidak menjalankan tugas dengan baik sudah berakhir.


Transformasi perkhidmatan awam mahukan para kakitangannya berdisplin dan juga mencapai KPI masing masing. Ada yang persoalkan tindakan Ismail Sabri semata mata kambing hitamkan 4 pengarah ini. Apakah tindakan menteri mengarahkan kakitangan kementeriannya yang tidak mencapai standart ditukar menjadi satu kesalahan?Bukannya 4 pengarah ini dibuang kerja.

Ismail Sabri sebagai seorang menteri sudah tentu mahukan yang terbaik apatah lagi yang hadir adalah bos beliau sendiri memerangkap Perdana Menteri Malaysia.Apa masaalahnya?


Pisau selidiki masaalah yang berbangkit, Pengarah terbabit masing masing dari negeri Pahang,Terengganu,Negeri Sembilan dan juga Kedah langsung tidak mempedulikan akan proses membawa ahli koperasi dari! negeri masing masing. Apa alasannya hingga tidak mampu membawa ahli KOOP sedangkan program Hari Koperasi adalah acara tahunan sudah pasti mereka membuat persediaan dan penyelarasan yang awal.


Menariknya daripada komen komen yang Pisau dapat tindakan Ismail Sabri ada benarnya. Jika tidak diambil tindakan akan ada pula cakap cakap pak menteri lembik tak buat kerja dan macam macam hal lagi.


Contohnya kes di Mantin ,Negeri Sembilan,pihak yang sepatutnya mengatur pengangkutan untuk ahli ahli KOOP tidak hadir untuk membawa mereka ke Bukit Jalil bertambah memburukkan keadaan tiada sebarang penjelasan oleh pihak pengurusan sedangkan makcik makcik dan pakcik telah berjam jam menunggu bas namun tidak kelihatan. Ramai ahli KOOP lain di seluruh N.Sembilan terkandas atas sebab yang sama.

Malah ada juga bas yang disediakan dalam keadaan yang amat teruk apabila ada penduduk Felda merungut kerana ada bas yang mempunyai masaalah brek hingga menjejaskan keselamatan.Akhirnya ada yang pergi dengan kereta sewa dan ada juga membatalkan hasrat mereka.


Mahfuz persoalkan tindakan pak menteri yang tegas,adakah kita mahu kerajaan yang lembik seperti mana berlakunya dikementerian yang lain apabila ada kakitangan awam menjadi dijadikan bahan lelucon akibat cara mereka bekerja yang sambil lewa..


Dalam masa PAS bersetuju DAP mengurangkan 50% kakitangan kerajaan,mereka juga persoalkan tindakan kerajaan BN yang bertindak tegas terhadap kakitangan kerajaan yang bermasaalah. Yang mana satu sebenarnya mereka mahu.


Kita harus ingat akan kepentingan wujudnya koperasi adalah untuk menghapuskan urusniaga orang tengah yang mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.


Fungsi koperasi adalah untuk berkongsi kos modal dan berkongsi keuntungan tanpa orang tengah.Penubuhan koperasi amat penting dan semua orang patut tahu koperasi juga meraih keuntungan melalui kontrak kontrak besar seperti projek pembangunan,pembuatan,membekal barang kepada kerajaan dan juga kontrak besar di Petron! as.
< br>Program sebegini bukan dibuat atas suka suka,sebaliknya ahli KOOP sendiri menitik beratkan keuntungan dan mahukan networking diseluruh negara semasa majlis berlangsung.



Najib umum berita gembira sempena Hari Koperasi Negara

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan beberapa berita gembira kepada gerakan koperasi dalam usaha untuk meningkatkan perniagaan mereka di negara ini.


Perdana Menteri berkata, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memutuskan bahawa sumbangan sebanyak dua peratus kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dikurangkan kepada satu peratus untuk tempoh dua tahun sehingga 2012.


Selain itu, beliau berkata, kerajaan membuat keputusan bahawa sumbangan koperasi kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori dikurangkan sebanyak 10 peratus daripada 25 peratus sehingga akhir Mei 2013.


"Dengan penurunan sumbangan kedua-dua kumpulan ini, koperasi dijangka boleh dikekalkan keuntungan lebih kurang RM300 juta dan modal ini boleh digunakan koperasi untuk membesarkan perniagaan mereka dan pada akhirnya dapat meningkatkan pendapatan koperasi dan seterusnya memberi faedah kepada anggota," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Negara 2011 di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Najib berkata, sebagai sokongan terhadap gerakan koperasi negara, kerajaan juga meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta tahun ini, kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menerusi Tabung Modal Pusingan (TMP) untuk sektor koperasi memulakan dan membesarkan operasi masing-masing.


Sebelum ini, katanya kerajaan menyediakan dana di bawah TMP sebanyak RM522 juta dan daripada jumlah itu, SKM telah memberikan pinjaman sebanyak RM464 juta kepada koperasi-koperasi untuk menjalankan aktiviti mereka. - BERNAMA


Pisau kata " bengong puak khawarij nih..bila menteri tegas ambil tindakan kata tak adil,nak dipertahankan apa kalau kakitangan awam tu tak perform"
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012