Ulama’ Politik dan Rakyat Murtad
July 26, 2012 · 0 Comments
Apakah yang dikatakan murtad? Murtad pada asal maksud ayatnya bererti kembali kepada asal. Dan dalam konteks masyarakat Islam, murtad bermaksud keluar dari agama Islam. Murtad adalah sesuatu yang taboo dikalangan masyarakat mukmin. Murtad dianggap sebagai kesalahan paling teruk yang boleh dilakukan oleh seorang Islam. Isu murtad juga dianggap sensitif dikalangan rakyat Malaysia secara amnya. Perteligkahan antara agama tidak dapat dielakkan jika isu murtad ini tidak ditangani dengan cara berhemah.
"Tarik rambut dalam tepung, biar rambut tak putus dan tepung tak berselerak". Ramai yang mengatakan falsafah ini perlu digunapakai oleh semua pihak di Malaysia dalam menangani isu murtad secara berhemah dan berkesan. Bagi sesetengah muslim pula, apabila agama Islam diperlekeh jawapannya adalah dengan mengasah parang dan pisau setajam mungkin. Masing-masing mempunyai jalan penyelesaian sendiri. Dalam peruntukan protokol dan acara jabatan agama Islam di Malaysia (di kebanyakan negeri), apabila seseorang itu murtad, dia dikehendaki untuk mengikuti sesi kaunseling di jabatan agama sebelum permohonan untuk keluar dari agama Islam di proses. Namun begitu persoalan yang sering timbul ialah, adakah sesi kaunseling itu cukup untuk mengubah pendirian dan akidah seseorang yang telah di"tarbiah" dengan begitu kuat oleh penceramah agama baru mereka.
Setelah kisah-kisah besar seperti kisah Aisyah pada tahun 1990 an (anak kepada seorang guru agama yang murtad), Azalina Jailani (yang ingin menukar nama kepada Lina Joy dan membuang perkataan Islam di kad pengenalannya) dan Benjamin (seorang murtad yang menghina Rasulullah dan Islam di dalam Gereja). Kita disajikan pula dengan berita-berita kecil tentang gerakan untuk mengkristiankan orang-orang melayu/Islam di seluruh bumi Malaysia.
Hakikat yang kita selalu terlepas pandang adalah, kejadian murtad majoritinya adalah dari Islam ke Kristian dan jarang sekali kita dengar tentang kes-kes murtad dari Islam ke agama buddha, hindu ataupun sikh. Jelas sekali di sini yang mermutadkan orang Islam semenjak zaman berzaman adalah orang Kristian. Mungkin agak keras bunyinya tapi seperti yang saya katakan di awal penulisan Kristian dan Islam adalah dua agama yang mengutamakan dakwah.
Kedua –dua agama ini berlumba-lumba untuk menyebarkan syiar masing-masing. Sebagai seorang Muslimin, kita berasa sangat hampa apabila kita lihat kita semakin diambang kekalahan. Ini tidak dapat dinafikan. Setiap hari, sedang sibuk sesetangah umat Islam membicarakan siapa lebih Islam dari yang lain anak-anak muda Islam hanyut di bawah pengaruh elemen-elemen yang kita sendiri tidak fahami. Artikel ini ditulis bukan untuk menghalang pengamalan agama Kristian oleh orang-orang yang dilahirkan di dalam agama tersebut. Tetapi isu utama yang ingin dikupas adalah penghormatan yang semakin terhakis kepada agama Islam dan tugas orang-orang mukmin untuk berdakwah.
Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Ini jelas menunjukkan HANYA Islam, yang diiktiraf sebagai agama. Walaupun agama-agama lain diberikan peluang untuk terus mengamalkan kepercayaan mereka, perlu diakui bahawa Islam adalah satu-satunya agama Malaysia. Secara langsung, boleh dikatakan Malaysia adalah negara Islam. Artikel 11 pula sering menjadi senjata bagi orang-orang kafir yang ingin berdakwah kepada umat Islam di Malaysia. Sungguhpun begitu mereka terlupa bahawa wujudnya artikel tersebut adalah untuk memberi mereka kebebasan untuk menguruskan hal-hal agama mereka sahaja. Hal-hal ini tidak termasuk mengembangkan agama kepada orang-orang Islam. Ini kerana selain dari sistem perundangan sivil, umat Islam juga terikat dengan undang-undang syariah yang dibawah naungan Sultan dan Raja setiap negeri. Perlu disarankan kepada orang-orang kafir supaya membaca Artikel 11 dengan hati dan minda yang terbuka agar perasaan dan hubungan baik yang selama ini terjalin dapat dijaga.
Pada suatu ketika ada sebuah pertubuhan bukan kerajaan telah membuat 14 tuntutan kepada kerajaan Malaysia. Dalam tuntutan ini seolah-olah Islam tidak lagi dihormati sebagai agama Malaysia. Pertubuhan yang dikenali sebagai Inter-faith Council ini, meminta pelbagai perkara yang tidak masuk akal kepada kerajaan atas dasar kebebasan beragama. Sungguhpun isu IFC ini telah beberapa tahun berlalu, salah seorang penyokong kuat pertubuhan ini masih lagi berkeliaran untuk menyesatkan bangsa Melayu/Islam di Malaysia. Terbaru, beliau telah mempengerusikan BERSIH 3.0 kononya menuntut pilihanraya adil. Sungguhpun begitu tembelang Pengerusi BERSIH 3.0 iaitu Datuk S.Ambiga telah disokong oleh semua parti pembangkang. Ini termasuk parti yang kononya memperjuangkan agama Islam. Lupakah mereka bahawa Datuk Ambiga ini lah yang meminta agar kerajaan melarang dakwah Islamiyyah di Malaysia. Ambiga juga menyokong agar pakaian menutup aurat tidak lagi diwajibkan di sekolah-sekolah Malaysia dan mempertikaikan wang zakat yang dibayar oleh umat Islam. Apakah kita sudah lupa tentang semua kejahatan yang mereka telah lakukan ini?
Pendakwah dan penceramah parti Islam dari kem pembangkang terus mengampu dan menyokong ketuanan Ambiga, sehinggakan pada suatu ketika tidak lama dahulu Ambiga pernah mengatakan yang dia tidak gentar untuk berbicara berkenaan sensitiviti umat Islam di Malaysia kerana Parti Islam Semalaysia (PAS) bersama dirinya. Perkara ini amat memalukan ummah! Adakah ulama' dan ustaz dalam PAS sanggup bersengkongkol dengan penghinaan ini? Tidak cukup dengan itu, Teresa Kok seorang ahli dewan undangan negeri telah terbabit dalam kontroversi supaya azan diperlahankan. Setelah digertak oleh orang-orang mukminin sehingga menggigil, YB Teresa Kok tiba-tiba menjadi pelupa tentang tindakannya terhadap isu itu. Dengan mudah Teresa Kok menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pencetus fitnah. Tidak reda kemarahan orang-orang mukmin terhadap Teresa Kok, isu ini bertambah panas apabila ahli-ahli dewan undangan negeri dan parlimen PKR, DAP dan PAS menyokong penuh penafian Teresa Kok berkenaan isu itu. Nampaknya orang-orang kafir semakin lama semakin lupa bahawa agama mereka tidak langsung diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Mereka hanya diberi kebenaran untuk melakukan aktiviti keagamaan. Bukan untuk campur tangan tentang hal agama umat Islam di Malaysia. UMNO dengan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri bertungkus lumus berusaha agar Islam itu dipertahankan sehingga sekarang. Walaupun mereka dicaci dan difitnah, UMNO tetap membela dan mengangkat agama Islam sebagai agama persekutuan. Sedang kita lalai bargaduh sesama Islam, sebuah gereja yang dikatakan paling besar di Asia hampir siap pembinaannya. Pembinaan gereja ini adalah dibawah tanggungjawab dan kelolaan YB Teresa Kok.
Dimana perginya ulama' dan ustaz yang kuat berceramah memperjuangkan negara Islam semasa Aisyah dan Azalina Jailani dikafirkan? Dimana mereka ketika kelulusan diberikan untuk membina pusat-pusat penyebaran agama kuffar di Malaysia? Adakah mereka sedang sibuk mengkafirkan ahli-ahli UMNO? Adakah mereka sedang tidur dan berselimut dengan kain serban hijau putih mereka? Ataupun mereka sedang lalai mengira hasil kautan yang telah diberikan oleh kaum kafir kepada mereka? INSAFLAH wahai ulama'-ulama' politik. Kiamat semakin dekat.
Peranan yang perlu dimainkan oleh setiap umat Islam dalam menangani isu murtad ialah berdakwah. Dakwah ini perlu dilakukan bukan sahaja di dalam masjid, surau dan media Islam. Ia perlu dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Keterlibatan golongan yang tinggi ilmu agama diperlukan bagi mengetuai gerakan dakwah. Peranan Ulama' adalah untuk mengajar dan menasihat, bukan melemparkan fitnah dan berita palsu kepada rakyat. Apabila politik kepartian dicampuraduk dengan agama maka ramai yang telah menggunakan agama Islam sebagai wadah politik mereka. Ayat Al-Quran dan hadis digunakan dengan niat yang salah. Mereka menggunakan maksud ayat-ayat yang datang dari Allah untuk kepentingan politik mereka. Setiap ceramah yang kononya berasaskan agama akan dipenuhi dengan tuduhan dan fitnah kepada penentang golongan ini. Semua yang tidak bersefahaman akan digelarkan kafir. Maka Islam itu akan dilihat sebagai sebuah agama yang sering menghukum walhal telah disebutkan dalam Al-Quran yang Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.
Murtad adalah satu pandemik yang perlu dihapuskan secepat mungkin. Jika seseorang Melayu Islam itu ingin keluar daripada agama Islam, mereka harus sedar Malaysia bukan lagi menjadi negara mereka. Secara tuntasnya, jika tugasan ulama' untuk mengetuai jemaah dakwah diabaikan dan di kembangkan menjadi ahli politik yang cetek akal, kita khuatir pada suatu hari nanti, negara ini akan wujud lebih ramai lagi Melayu Kafir. Para Ulama' harus meninggalkan dunia politik dan kembali kepada tugas asal mereka iaitu mendidik dan menasihat. Wallahualam.
This post was submitted by Che_Yan.
By Che_Yan
Tags: ambiga, Azalina jailani, catholic, IFC, Islam, Lina Joy, Murtad Melayu
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments