GEMPAR!!! PAS KEDAH TUKAR KUBUR ORANG ISLAM JADI LOMBONG PASIR!!!
Nampaknya Kerajaan PAS Negeri Kedah tidak puas dengan hanya "merompak" balak di hutan-hutan simpan kekal di negeri ini. Dalam diam, Azizan semakin rakus mengikut jejak langkah Kerajaan Pakatan Haram Selangor "menyamun" pasir di Kedah.
Cuba bayangkan, sumber pasir di Kedah ini hanya sedikit jumlahnya. Tapi yang sedikit itu pun Azizan dan konco-konconya nak "kebas"! Terdesak sangatkah PAS Kedah mahu mengisi karung parti dekat-dekat pilihanraya ni..?
Terbaru yang kami terima, Azizan kini cuba "balun" pasir di sebuah Kampung Padang Hassan, Mukim Lengkuas di Daerah Kubang Pasu pula. Kali ini projek berkenaan melibatkan penganiayaan kepada penduduk kampung di sekitar kawasan tersebut.
Khabarnya, kelulusan tanah untuk aktiviti perlombongan pasir di tanah lot bernombor 152 di kampung itu telah diluluskan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG).
Menurut sumber surat yang ditujukan kepada Pengarah PTG Negeri, kerja-kerja penyediaan tapak perlombongan pasir yang turut melibatkan Kampung Pelubang di situ telah pun dijalankan. Dalam kata lain, projek itu boleh bermula pada bila-bila masa…
Apa yang menjadi pertikaian di kalangan para penduduk kampung-kampung itu ialah mengenai tapak projek mengorek pasir tersebut yang terletak sangat hampir dengan tanah perkuburan umat Islam!
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments