ROYAL BELUM DRUM FESTIVAL DI GRIK!
Paluan gong sebanyak tiga kali oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin menjadi simbolik menandakan berakhirnya Royal Belum World Drums Festival 2012 yang berlangsung selama enam hari bermula 21 Februari lalu.
Keberangkatan Raja Muda bagi menyempurnakan majlis penutup kira-kira jam 9 malam tadi disaksikan lebih 5,000 pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan festival itu yang julung-julung kali diadakan sempena Tahun Melawat Perak di Lapangan Terbang Grik.
Mengiringi Baginda adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Ahli Parlimen Grik, Datuk Tan Lian Hoe serta Adun Pengkalan Hulu, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.Upacara dimulakan dengan pelbagai jenis persembahan termasuk tarian tradisional selain percikan bunga api sebagai simbolik perasmian.
Tinjauan Perak Today mendapati seawal jam 6 petang lagi kawasan lapangan terbang telah dibanjiri pengunjung yang kebanyakannya datang dari sekitar Grik, Pengkalan Hulu dan Lenggong.
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments