BN Youth Music Grand Final - 60 Peserta Berentap Ahad Ini
Penentuan juara pencarian bakat baru menerusi BN Youth Music 2011 kini tiba kemuncaknya apabila 60 peserta daripada seluruh negara dikumpulkan untuk bertarung merebut wang tunai berjumlah RM129,000 serta peluang rakaman lagu bersama syarikat Universal Music.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata 25 peserta solo, 20 band dan 15 vokal berkumpulan bakal bertarung pada peringkat separuh akhir Sabtu ini yang akan diadakan di The Curve, Mutiara Damansara.
Menurut beliau daripada jumlah itu, 12 peserta yang akan mewakili setiap kategori akan layak ke peringkat akhir pada hari Ahad yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Pada peringkat separuh akhir dan akhir ini, para peserta yang layak akan mempersembahkan secara "live" dan akan diadili oleh juri-juri yang telah dipilih. Antaranya Jason Lo, Jehan Miskin, Tam Spider serta wakil universal music.
"Ini adalah salah satu pendekatan pencarian mereka yang berbakat dalam bidang muzik secara demokrasi. Sebelum ini mereka telah bersaing dengan ribuan peserta lain yang memuatkan hasil karya mereka menerusi "you tube" yang disediakan oleh pihak penganjur.
"Kita berharap bintang seterusnya akan dapat dicari dan seterusnya ditonjolkan menerusi BN Youth Music 2011 ini," ka! tanya pa da sidang media, di sini, hari ini.
Khairy seterusnya menegaskan program seperti itu melambangkang keterangkuman Pemuda untuk mendekati golongan muda serta belia yang lain secara lebih meluas serta tidak terbatas dengan cara tradisi.
"Ini adalah salah satu cabang kita untuk mendekati golongan muda dan ini menujukkan kita khususnya Pemuda BN tidak tertumpu kepada politik semata-mata.
"Oleh itu, jangan lupa datang untuk menyaksikan secara "live" para peserta yang terlibat pada Sabtu dan Ahad ini untuk melihat secara lebih dekat.
"Dan Insyaallah…jika berjaya Ahad ini, kita akan teruskan lagi program seumpama ini berdasarkan kepada sokongan penaja dan sebagainya. Apa pun sehingga kini sambutan yang diterima amat menggalakkan," katanya.
Pada hari Sabtu pertandingan separuh akhir akan bermula pada pukul 10 pagi dan pada pad aperingkat akhir iaitu Ahad, ianya dijadualkan bermula pada pukul 4.00 petang.
Namun sepanjang dua hari berkenaan bermula, pelbagai acara menarik disediakan oleh pihak penganjur. Read More @ Source
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments