Pukul Isteri: Ada laporan Polis Terhadap Badrul Amin?
February 28, 2012 · 0 Comments
Semasa penulis merayau-rayau dari blog ke blog sekejap tadi, terjumpa pendedahan terbaru melibatkan satu laporan polis yang di buat oleh seorang pengadu pada tahun 2005.
Laporan polis tersebut menyebut perihal seorang wanita bernama Aishah Binti Abu Bakar telah mengadu berkenaan penderaan fizikal yang dilakukan oleh seorang suami yang bernama Badrul Amin Bahron.
Penulis tidak pasti samaada Aishah Binti Abu Bakar ini adalah isteri pertama Badrul Amin yang sama-sama menemaninya di pejabat JAIP semalam ataupun orang lain atau mungkin juga isteri lama yang telah diceraikan.
Setakat carian internet yang penulis perolehi, nama isteri pertama Badrul Amin ialah Zumrah, cuma tidak diketahui samada itu nama betulnya atau sekadar nama panggilan. Banyak yang perlu dirungkai untuk menjawab persoalan ini.
Kadang-kadang risau juga kot ada malaun PKR sengaja nak divert isu maka sengaja di sebarnya laporan polis palsu (edit) kepada para bloggers UMNO kemudian bloggers UMNO pula pickup laporan polis itu untuk dijadikan isu dalam penulisan masing-masing tanpa menyedari ianya mungkin perangkap oleh PKR.
Misal kata kalau laporan polis tahun 2005 yang tersebar sekarang ini asal usulnya memang benar datang dari dalam kem PKR atau Pas, adalah lebih baik diselidik rapi dahulu.
Bukan apa, setakat yang penulis tahu, modus operandi budak-budak Pas dan PKR bilamana gagal mempertahankan kebobrokan tingkah laku & kelemahan pemimpin & parti mereka, acapkali mereka akan mencipta sesuatu 'info' untuk di suakan kepada blogger UMNO dengan harapan bila ia di apungkan dalam dunia maya akan backfire pada UMNO pula.
Di bawah ini pula ialah print screen perkembangan terbaru jentera cyber PKR & Pas sedang merangka strategik dalam usaha mereka untuk mempertahankan Badrul Amin untuk menyelamatkan imej PKR & PR.
(Sumber print screen dari Parpukari)
Tapi katakanlah kalau betul laporan polis tahun 2005 tersebut memang sah dibuat oleh isteri pertama Badrul Amin automatik alasan Badrul Amin kononnya sedang membantu & memberi kaunseling kepada isteri orang yang kerap di pukul suami akan menjadi macam cerita ibu ketam nak mengajar anak ketam berjalan lurus la jawabnya.
Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut isu laporan polis tahun 2005 ini untuk mengetahui status kebenarannya.
By HackerXP
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments