Kopitiam Hak Mutlak Indon?
Pengusaha kedai makan yang menggunakan nama Kopitiam selepas ini terpaksalah menukar nama kedai masing masing,apatah lagi kedai yang mempunyai rangkaian diseluruh negara seperti Old Town Kopitiam .
Bagaikan satu trend sekarang ini apabila kedai berjenamakan "Kopitiam",langkah yang diambil oleh seorang rakyat Indonesia mendaftar nama tersebut sebagai harta intilek sudah pasti bakal memeningkan kepala seluruh pengusaha kopitiam di seluruh Malaysia.
Pendapat Pisau,mudah saja apahal nak berjenamakan "kopitiam" bahasa Malaysia kan ada,guna saja "Kedai Kopi" biar berbahasa Malaysia kan bagus....
Pisau kata " Old town white coffe katanya Ngeh Khor Ham ada share..DAP punya tu..." Read More @ SourceJAKARTA 27 Feb. - Pengusaha kopitiam di Malaysia, Indonesia dan Singapura mempunyai sebab untuk berasa terkejut apabila membaca berita ini.
Seorang pengusaha restoran yang berpusat di Jakarta mendakwa beliau memiliki hak cipta terpelihara ke atas perkataan kopitiam.
Pengusaha berkenaan, Abdul Alek Soelystio mendakwa perkataan kopitiam telah didaftarkan sebagai harta inteleknya pada tahun 1996.
Justeru, Abdul Alek tidak teragak-agak untuk menyaman mana-mana pihak yang berani mengguna pakai perkataan kopitiam pada kedai kopi mereka.
Hal ini sudah dibuktikan oleh Abdul Alek yang telah memfailkan saman ke atas Kopitiam Kok Tong di Medan dua tahun lalu kerana menggunakan kopitiam pada kedainya.
Apa yang mengejutkan, Mahkamah Daerah Medan memberi kemenangan itu pada Abdul Alek sehingga menyebabkan pengusaha Kopitiam Kok Tong, Paimin Halim membuat rayuan di Mahkamah Agung bagi menyemak semula keputusan itu pada tahun lalu.
Namun, Paimim terpaksa akur apabila Mahkamah Agung mengesahkan keputusan ya! ng dibua t oleh Mahkamah Daerah Medan itu.
Kemenangan yang diperoleh oleh Abdul Alek menyebabkan beliau memberi amaran kepada pengusaha pesaing lain agar menggugurkan perkataan kopitiam serta-merta.
Amaran itu dibuat dalam satu siaran iklan di akhbar tempatan pada 6 Februari lalu.
Menurut peguam Abdul Alek, sesiapa yang gagal berbuat demikian boleh didakwa atas kesalahan cetak rompak.
Undang-undang di Indonesia menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun kepada mana-mana individu yang didapati bersalah menggunakan harta intelek.
Sementara itu, keputusan mahkamah yang memberi kemenangan kepada Abdul Alek disifatkan Pengerusi Persatuan Kopitiam Indonesia, Mulyadi Praminta sebagai tidak masuk akal.
"Terdapat kes hampir sama berlaku di Singapura. Sebuah syarikat cuba mendaftar kopitiam menjadi milik mereka. Bagaimanapun, permohonan itu ditolak oleh kerajaan Singapura. Justeru, situasi yang berlaku di Indonesia sangat berbeza dan mengejutkan," tegas beliau.
Menurut Mulyadi, pemerintah Indonesia seharusnya menyokong perniagaan restoran, bukannya memberi layanan istimewa kepada pihak tertentu.
"Industri makanan tempatan memerlukan sokongan daripada pemerintah. Kami menggajikan ramai pekerja, menggunakan bahan mentah tempatan termasuk biji kopi," jelas Mulyadi.
Pengusaha jenama Kopitiam Oey, Bondan Winarno pula menegaskan, tidak ada mana-mana individu yang seharusnya diberi kebenaran untuk mendaftar kopitiam sebagai harta intelek mereka.
"Kopitiam bukannya diilhamkan oleh Indonesia. Perkataan kopitiam bukan milik kita sebaliknya milik generasi terdahulu sebelum kita," jelas Bondan.
Kopitiam pada hakikatnya berasal daripada kata gabungan antara kopi (bahasa Melayu) dan tiam yang bermaksud kedai dalam bahasa Hokkien.
Perkataan kopitiam juga sudah lama digunakan secara meluas di kedai kopi di negara serantau termasuk Indonesia, Singapura dan Malaysia. - Utusan
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments