Khalwat: Teori Konspirasi Pulak Dah

February 27, 2012   ·   12 Comments

Tu dia, dah mula dah drama tangkap sayu meraih simpati. Pantang kena atas dahi sendiri mulalah bercerita perihal konspirasi itu ini.

Dah jadi macam trademark PKR pulak, semuanya follow skrip sama mengikut ajaran Ketua Umumnya yang mahir mencipta alasan berlapis-lapis tentang teori konspirasi semata-mata untuk menyelamatkan tengkuk sendiri. Bapak borek anak rintik.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa Umno merupakan dalang yang merancang insiden kes tangkap khalwat yang mengaitkan dirinya bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.

Selain Umno, bekas pensyarah kuliyyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu mendakwa suami wanita berkenaan turut terlibat dalam perancangan untuk menganiaya diri dan karier politik beliau.

"Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.

"Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.

"Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang ini," katanya kepada FMT.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri Selangor melalui satu kenyataan semalam mengarahkan Badrulamin untuk mengambil cuti selama sebulan sehingga nama beliau dibersihkan daripada tuduhan itu.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Mudah sungguh jadi pemimpin pembangkang ni yea, asal saja terbabit kes yang memalukan diri cara paling senang nak elak dipersoalkan oleh penyokong sendiri maka dijadikan UMNO sebagai kambing hitam.

Sampaikan si suami kepada wanita itu pun dituduh sebagai dalang untuk memalukannya. Entah sifir moraliti mana yang digunakan untuk menafikan hak suami dalam mempertahankan maruahnya sebagai seorang lelaki yang berhak ke atas isteri sendiri.

Dari Rompin hingga ke hotel di Kuantan, apa pasal tak cerita sekali yang isteri orang itu pun berkonspirasi sama?

Wanita & anaknya berada di hotel tu bersama siapa pada awal kejadian? Siapa yang bantu isteri orang itu dengan memberi bilik penginapan konon atas dasar simpati & tanggungjawab?

Tu cerita pasal kena belasah dek 20 orang gangster, laporan polis dah buat ke belum?

Dakwaan kononnya si ibu kepada wanita tersebut ada di tempat kejadian dah tak nak ulas sekali ke? Tambah la sedikit perisa yang si ibu wanita itu pun berkonspirasi juga supaya jalan ceritera pasal teori konspirasi ini lebih mantap.

Sikit-sikit konspirasi, diri sendiri yang cari pasal buat kaunseling rumahtangga waktu dinihari di hotel, orang lain pula yang nak disalahkan.

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012