CILI BERAPI! ASAL KANTOI JE SEMUA SALAH UMNO YA BADRUL AMIN AL KHALWATI?
Dia betul-betul telah dianiaya dan pihak yang menganiayainya adalah UMNO-BN!
Swiss Garden Balok, Kuantan, Bilik 6385 menjadi saksi bagaimana Badrol Amin telah dianiayai oleh konspirasi jahat UMNO. Wanita isteri orang yang datang ke bilik 6385 pada pukul sebelum diserbu oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang pada jam 3:10 pagi.
Badrol Amin pun dah bagitahu, dia hanya ingin menolong wanita yang hendak bercerai dengan lakinya yang bernama Ramli itu. Kesian Badrol Amin. Niatnya nak menolong dan melindungi wanita yang hendak bercerai dengan lakinya dan memberikan tazkirah secara tertutup di dalam bilik hotel.
Retreat tiga hari yang dilakukan oleh PKR telah digunakan oleh Badrol Amin dengan sebaik-baiknya untuk membuktikan betapa hebatnya konsultasi yang ditawarkan oleh ostat-ostat PKR seperti Badrol Amin. Buktinya ialah konsultasi untuk pasangan yang hendak bercerai diberikan walaupun di dalam sebuah bilik hotel dan tanpa kehadiran orang lain kecuali seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang merupakan anak wanita berkenaan.
Ada kisah yang mengatakan Badrol Amin datang ke Kuantan bersama-sama isterinya. Isteri yang mana satu, tidak pula diketahui. Namun daripada laporan berita yang diyakini benar oleh pihak Pakatan sendiri, ketika ditangkap, bilik dalam keadaan gelap dan Badrol Amin bersama wanita yang cuba mendapatkan konsultasinya itu pula terpaksa mengambil masa selama 20 minit sebelum pintu hotel dibuka.
Malah sewaktu suami wanita berkenaan menyerbu ke dalam bilik, tidak pula kelihatan isteri Badrol Amin di dalam bilik berkenaan. Yang ada hanyalah Badrol Amin dan wanita isteri orang itu serta anak kecil berusia 3 tahun.
Berdasa rkan maklumat yang diterima pula, Badrol Amin telah ditangkap khalwat di Swess Gardn Hotel, Kuantan pada 26 Februari 2012. Badrol Amin Bahron telah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Wanita tersebut bekerja sebagai juruteknik di sebuah kolej di Rompin.
Badrol Amin hadir di Kuantan untuk menyertai Temurapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di MS Garden and Spa, Kuantan yang dijaadualkan pada 24-25 Februari 2012.
Dikatakan Manager on duty hotel tersebut telah memanggil salah seorang kepimpinan PKR yang turut menyertai Temurapat untuk memaklumkan penangkapan tersebut.
Badrol Amin kini menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan PR Selangor bertaraf Exco Kerajaan Negeri.
Untuk menutup malu, PKR telah mengarahkan supaya Badrol Amin dihantar pulang kerana memalukan parti. Sebelum itu, beberapa orang pemimpin PKR juga cuba menyogok anggota penguatkuasa JAIP dengan 'harga' RM3 ribu agar kes tersebut tidak dipanjangkan. Bagaimanapun sogokan itu telah ditolak dan satu laporan polis telah dibuat terhadap pimpinan PKR tersebut kerana cubaan menyogok dan menghalang petugas awam menjalankan tugas.
Agak menarik ialah apabila Badrol Amin segera memberikan dalih mengapa dia ditangkap khalwat. Menurutnya, semuanya adalah konspirasi UMNO. Yang menjadi masalahnya sekarang ialah, kalaupun KONSPIRASI UMNO, mengapa pula hanya dia dan wanita isteri orang itu di dalam biliknya?
Adakah Badrol Amin ingin menyatakan bahawa suami wanita tersebut telah diupah oleh UMNO untuk MENGHANTAR ISTERINYA ke bilik hotelnya sekaligus menyebabkan dia telah ditangkap khalwat? Adakah Badrol Amin ingin menyatakan bahawa suami wanita itu saja-saja nak b! elasah d ia setelah serbuan mendapati isteri dan anaknya ada bersama-sama Badrol Amin di dalam sebuah bilik hotel yang terpaksa mengambil masa selama 20 minit untuk dibuka pintunya?
Dan adakah Badrol Amin ingin menyatakan, berita ini hanyalah berita yang disiarkan oleh blogger-blogger pro-UMNO untuk memalukannya sedangkan perkara yang sebenar tidak berlaku sebagaimana yang dilaporkan?
Sesungguhnya, Badrol Amin telah dianiayai. Maka wajarlah dia membuat laporan polis kerana konspirasi besar-besaran daripada semua pihak termasuklah anggota Jabatan Agama Islam Pahang yang telah menangkapnya berkhalwat bersama-sama dengan suami wanita yang bersama-samanya di dalam bilik hotel itu!!!
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments