GEMPAR : SAKSI TERBARU KES KHALWAT BADRUL AMIN KATA DIA KENA TAMPAR SEBELUM DITAHAN????
Ustaz Badrol Amin dalam pengakuan beliau,bukan saja berbohong malah telah membuat fitnah demi menyelamatkan diri beliau.Hari ini pembohongan Badrol terdedah apabila sudah ada saksi yang buka mulut menceritakan hal yang sebenar.
Berikut adalah pengakuan saksi bernama Syukur yang dipetik dari ruangan komen blog pakatan.Jika diperhatikan kenyataan dibawah,Badrol telah bersama perempuan tersebut sejak hari beliau tiba di Kuantan lagi hinggalah hari ketiga beliau ditangkap. 3 hari beri kaunseling dalam bilik ka bhai?
Takkan tolong isteri orang dalam bilik hingga 3 hari?
Saya pekerja hotel tersebut malah saya tahu cerita tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...
kami tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2 pun kita tunggu lah...
yang pasti 20 orang yg di dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Amin
Petikan daripada kenyataan Jabatan Agama Pahang.
Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, tangkapan berkenaan dibuat berdasarkan aduan orang ramai. "Jaip mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot," katanya.
Menurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya d! atang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.
Ekoran penangkapan itu, Badrolamin dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi melengkapkan siasatan.
Mohd Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Menurutnya, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut. "Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu," katanya. pisau.net
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments