HOT : WARTAWAN BALACI GUAN ENG YANG KENA PUKUL TAK PUAS HATI..DULU UMNO..SEKARANG PERKASA JADI MANGSA..


Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang pada Selasa menafikan anggotanya telah mencetuskan kekecohan yang mengakibatkan dua petugas media cedera pada Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota di sini Ahad lepas.

Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata anggota Perkasa berada di situ hanya untuk meninjau keadaan tetapi ada pihak yang membuat provokasi terhadap mereka sebaik Ketua Menteri Lim Guan Eng tiba.

"Kejadian berlaku apabila salah seorang wartawan berkenaan yang mengiringi Ketua Menteri sejak ketibaannya sehingga beliau habis berucap telah mengasari salah seorang anggota Perkasa.

"Keadaan menjadi kelam kabut dan berlaku pergelutan dan saya tegaskan bahawa pergelutan itu bukanlah berpunca dari anggota kami," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Beliau berkata bukti kenyataannya boleh dilihat dalam rakaman video yang telah dimuat turun dalam laman sosial YouTube.

Mohd Rizuad berkata Perkasa kesal dengan tuduhan pihak tertentu kononnya anggota pertubuhan itu telah mencetuskan pergaduhan dan mengasari dua wartawan.

"Tetapi apa yang pelik, mengapa dia (wartawan) bertindak sebagai pengiring Ketua Menteri dan bersikap agresif terhadap kumpulan kami," katanya.

Beliau turut menafikan kumpulan motosikal yang turut berada di situ pada hari berkenaan adalah anggota Perkasa.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, wartawan dan jurugambar akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh, Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di badan dan kepala setelah dipercayai dipukul oleh beberapa orang pada perhimpunan itu yang diadakan bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Ia disertai hampir 1,000 orang. - BERNAMA

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012