KUALITI PAKATAN SETAKAT PARAS LUTUT.
sebelum pru 2008, hampir keseluruhan rakyat ditarbiyahkan akan betapa perlunya pengundi menghantar wakil rakyat pembangkang (dun dan parlimen) yang berkualiti ke sidang dewan.
kata mereka, ia bakal menjadi penampan terhadap sebarang salah laku kerajaan.
malah ada yang berkata lebih jauh daripada itu. pembangkang yang berkualiti perlu dihantar ke dun dan parlimen sebagai alat untuk check and balance dasar kerajaan.
tanyalah mana-mana pengundi, kewajaran dan keperluan pembangkang untuk check and balance merupakan ide yang menarik.
dengan adanya pembangkang yang berkualiti segala dasar kerajaan yang dikira tidak menguntungkan rakyat boleh diperbahaskan dalam dewan yang mulia.
bukan sahaja dasar boleh diperbahaskan, malah ide penambahbaikan kepada dasar juga boleh dilakukan.
samada ia mengenai akta mahupun enakmen, ia tetap menjuruskan kepada kesejahteraan rakyat. kerana itulah mereka ini dinamakan wakil kepada rakyat.
sejak 2008 rakyat diperlihatkan dengan pelbagai tindakan aneh ,aksi dan kelakukan mual yang dipamerkan oleh wakil rakyat pakatan.
ada yang kerap keluar dewan.
ada yang kerap boikot dewan.
malah ada yang mempamerkan sikap agresif yang sewajarnya tidak dipertontonkan dalam dewan.
rakyat telah memberi peluang kepada pembangkang untuk menjadi wakil mereka di dewan yang mulia.
sewajarnyalah segala permaslahan,ide perdebatan dan solusi dilontarkan secara optima tatkala setiap kali dewan bersidang.
namun performance mereka dilihat tidak mencapai par. tidak melepasi garis kehendak sepertimana yang rakyat mahukan.
anwar yang dulunya punyai pengalaman luas dalam kerajaan gagal membawa dan menunjukkan satu bentuk contoh yang baik tatkala berada dalam kelompok oposisi.
masalah moral bertimpa timpa.
masalah perbezaan dasar antara parti dalam pakatan dilihat semakin meluas.
malah perbezaan dasar yang berbeza di negeri pemerintahan pakatan juga menampakkan ikatan jitu mereka sebenarnya tidaklah stabil.
pengundi mahukan pembangkang yang berani keluar dari kepompong dan stail politik murahan.
sebagai contoh, aku berada dalam kelompok golongan pengundi muda.
sebenarnya aku teringin untuk melihat keupayaan pembangkang dalam membahas/mengutarakan solusi kepada peningkatan harga rumah yang melambung tinggi di bandar utama negara.
kenapa pembangkang tidak memberikan ide dan cadangan timbal balas kepada kerajaan akan perlunya beberapa langkah diambil bagi mengurangkan harga rumah ?
mana pergi kajian.
mana pergi data peningkatan.
mana pergi solusi dan ide penambahbaikan.
kata nak lakukan check and balance, sayang output tak nampak.
yang dihebohkan adalah siang malam 24 jam buat ceramah mintak rakyat hantar mereka ke putrajaya.
rakyat dah hantar ke dewan, dia sibuk mengupas isu dalam kandang rostrum ceramah. apa ceramah boleh menyelesaikan masalah dan dasar ke ?
rugi..rakyat semakin rugi kerana punyai kualiti pembangkang yang tak appreciate undi rakyat.
dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah pakatan aku melihat mereka ini sekadar MENERUSKAN sahaja pentadbiran lama. contoh terbaik di selangor. kalid sekadar meneruskan tradisi pentadbiran BN. yang nampak ada pembaharuan di selangor adalah jalan makin banyak berlubang dan rumput tepi jalan mengalahkan panjangnya lalang.
takde ide, takde inisiatif dan tiada pembaharuan. contoh lain di kedah. mereka sibuk mengupas ulas ceritera perlantikan exco yang tak sependapat dengan menteri besar. dalam DUN diheret pula pertarungan peribadi parti. kelompok itu lawan kelompok ini.
rakyat berada dalam kerugian yang amat dahsyat.
isu lynas. aku pernah dijemput menghadiri sidang dun negeri pahang yang lepas.
pembangkang tak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan kononnya masalah lynas dalam sidang dun. dalam dewan taknak selesai. 2 hari lepas mereka buat demo kat dataran kuantan. punya jahil ilmu politik pakatan ni, sepatutnya selesaikanlah isu ini di sidang dun.
beberapa bulan yang lepas, pakar nuklear yang juga merupakan ahli parlimen pas membidas akan politikal stereotaip pembangkang dalam menghujahkan isu lynas.
kenapa pakatan tidak mahu membawa hujahan pakar nuklear ini ? kenapa di bawa fauziah yang jelas bukan pakar dalam bidang ini ? jawapannya takde lain, solusi pakar nuklear tak memberi mileage politik sebaliknya fauziah boleh menjadi keldai yang volunteer 24 jam pusing cerita...
debat antara ilmu dan politik sensasi..pakatan tidak menerimapakai hujahan ilmu.. kerana itulah kebanyakan stail solusi politik pakatan sekadar boleh pergi setakat ketinggian paras lutut sahaja.
sayang pembangkang berada dalam 3rd class punya mentaliti.
pada saat aku menulis ni, aku terbayang wajah kalid samad,anwar,nizar,nga kor ming,kit siang,mat sabu dll..
aduh berikan aku 1 petunjuk betapa nama di atas punyai kualiti sebagai pemimpin ?
aku dapat rasakan proses kematangan pengundi sebenarnya berada dalam tahap tertinggi sepanjang mereka menempuh pelbagai persembahan pembangkang sejak mac 2008.
aku berkeyakinan undi yang rakyat berikan kepada pembangkang pada mac 2008 merupakan satu kesilapan besar.
pembangkang tidak perform.
pembangkang gagal menyakinkan rakyat terhadap keupayaan mereka.
kepada rakyat, jom tolak pakatan.
jom pilih wakil rakyat yang nampak lebih praktikal dan bukannya retorikal.
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments