CILI KASI TARUK! GILA PAS SEMAKIN MEMUDARATKAN!!!
Kelab Anwarinas merupakan kelab yang paling berkuasa atau setidak-tidaknya cuba menonjolkan kekuatan mereka. Kumpulan ini tidak sahaja wujud dalam Parti Keadilan Rakyat, tetapi merebak dalam Parti Islam SeMalaysia dan yang paling tidak disangka-sangka, di dalam UMNO.
Dr.Dzulkefly Ahmad, salah seorang pemimpin PAS Pusat merupakan antara anggota Kelab Anwarinas yang galak memperkenalkan liberalisme dan keterbukaan dalam PAS.
Anehnya, keterbukaan yang dianjurkan oleh Dr. Dzulkefly Ahmad turut mendapat perhatian daripada ahli-ahli PAS sendiri. Kalau dahulu, PAS pernah kecoh kerana ingin mengubah perkataan KEBANGSAAN kepada ISLAM sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaannya sekarang, nampaknya sekali lagi perlu ditukar bagi memungkinkan perlantikan seorang Timbalan Presiden dari kalangan bukan Islam.
Sekaligus memberi isyarat bahawa PAS sudah amat terbuka dan lebih terbuka berbanding UMNO yang masih lagi mempertahankan Melayu dan Bumiputera selain Islam sebagai teras Perlembagaan parti yang ditubuhkan pada tahun 1946 itu.
Ahli-ahli PAS yang sudah pun terpengaruh dengan keterbukaan dan keliberalan yang ditunjukkan oleh Kelab Anwarinas tidak dapat melihat bahaya yang sedang menimpa parti mereka. Pada masa yang sama, mereka masih cuba bermegah-megah dengan apa yang berlaku, kononnya mereka lebih terbuka berbanding UMNO dan lebih baik kerana keterbukaan itu.
Sedangkan kalau benarlah cadangan Dr. Dzulkefly itu diterima, PAS akhirnya akan bertukar menjadi sebuah parti yang tidak lain tidak bukan, hanyalah sebuah parti yang akan menggunakan sepenuhnya agama untuk diselewengkan bagi tujuan mendapat kuasa. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan, PAS akhirnya akan bertukar menjadi sebuah pertubuhan ajaran sesat yang mana, masalah-masalah, kemaslahatan dan usul dalam agama boleh diperkatakan oleh semua orang, termasuklah orang kafir yang menjadi kelompok yang menyokong Timbalan Presiden bukan Islam itu.
Apa yang membuatkan Dr. Dzulkefly membubuh api di dalam PAS dengan cadangan itu?.! .. BACA SETERUSNYA DI KEDAHAN69ERS.COM
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments