Melayu Suruh Melayu Bersatu Kena Tuduh Rasis?


Seruan penyatuan orang melayu yang di sarankan oleh Datuk Zaini Hassan dari Utusan seperti yang dijangka akan dilihat sebagai satu dosa besar untuk orang melayu dan pribumi untuk berbicara untung nasib sendiri.


Walaupun pada dasarnya nampak tidak selari dengan semangat 1Malaysia,tetapi yang menjadi persoalan mengapa seruan itu meresahkan DAP? Malah MCA turut melatah. Menyeru perpaduan sesama melayu dan pribumi tidak pula timbul isu menyeru untuk bermusuh dengan kaum cina.Sebaliknya hanya seruan dari melayu kepada melayu agar bersatu padu itu saja.


Perbezaan melayu bersatu dengan cina bersatu cukup besar,melayu bergaduh sesama sendiri didalam politik terpecah kepada 4 kumpulan,tidak kenal siang atau malam,pagi atau petang,malah tidak mengenal istilah 'tarik hand brake', sebolehnya biar bergaduh sampai jadi abu.Makanya seruan untuk bersatu diibaratkan tiupan wisel penamat atau pun siren amaran agar sudah sudahlah bergaduh,tak kemana pun.


Orang melayu yang menganut agama Islam sebenarnya tidak menerima istilah orang Islam itu bersaudara,ini kerana ada dikalangan mereka tidak menganut Islam dalam erti kata sebenar, sebaliknya menganut satu agama politik yang mirip kepada Islam.Sebab itulah tiada langsung istilah persaudaraan.


Orang melayu lebih gemar membeli belah dikedai milik bukan melayu,Kita semua setuju dalam hal ini membuktikan orang melayu tidak rasis dalam hal urusan jual beli,tetapi orang cina?Berbicara mengenai totok melayu dan rasis memang cukup panjang justeru sila silalah baca 15 siri melayu rasis hasil nukilan Pisau:klik sini


Orang cina sesama mereka punyai sefahaman dalam ertikata menang dan menang,yang berada didalam parti pro kerajaan akan ! terus me mbantu kelompok mereka.Yang menyokong pakatan tetap mendapat bantuan hasil perjuangan pemimpin parti yang pro BN.Yang membezakan kaum cina yang pro BN dan pakatan hanyalah disebabkan sikap ultra kiasu rasis cauvanis seperti DAP.


Tindakan MCA menyelar Utusan membuktikan mereka gagal untuk menghayati 1Malaysia,jika mereka benar benar mengikut aspirasi Najib mengapa mereka gagal untuk melawan politik rasis chauvanist ultrakiasu DAP? Ketakutan MCA terhadap seruan melayu bersatu tidak ada asas.Selama ini terancamkah masyarakat cina jika kaum melayu bersatu?



Hanya pihak yang mengamalkan rasis,chauvanist dan ultrakiasu seperti DAP akan berasa terancam.Pisau berkeyakinan MCA,Gerakan dan SUPP dan parti komponen cina yang ada didalam BN tidak harus melatah. Biarlah melayu dengan politik melayu. Urusan politik sejagat barulah dibincangkan diatas semangat kekeluargaan BN dan 1Malaysia.


Hari ini satu demo akan diadakan didepan bangunan MCA,bantahan terhadap MCA kerana menyeru agar Utusan diboikot. Apa masaalahnya jika Utusan bercakap mengenai kepentingan bangsa melayu.Utusan adalah suara orang melayu sejak dari dulu lagi.Kwong Wah Yit Poh,Sin Chew dan banyak lagi akhbar bahasa cina penuh dengan pelbagai artikel yang rasis.Tidak ada pula seruan dari mana mana pemimpin melayu menyuruh agar diboikot.


Sekarang ini Kit Siang dan Guan Eng anak beranak ultra kiasu cauvanis rasis negara sedang memerhatikan dengan senang hati dari jauh melihat gelagat melayu.1Malaysia jika berjaya di hancurkan,maka hancurlah Najib dan BN.

Pisau kata "pernahkah anda dengar bangla pujuk bangla kena tuduh rasis?"



Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

AISKRIM CAP SAMSIDA! MARI LIHAT FOTO MAHASISWA BEROMEN DI DATARAN!

Keffiyah Yahudi ~ Usaha puak Zionis Israel untuk menyaingi Keffiyah Arafat

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??