Haram Baca Suara Keadilan


Hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan penafian keras Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din bahawa beliau telah menghukum pembacaan akhbar tersebut sebagai haram sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan 26 April 2011.

Menurut beliau, wartawan Suara Keadilan menghubunginya meminta mengulas hukum terhadap berita berbentuk fitnah dan beliau telah kemudiannya menyatakan bahawa mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah dan cuba mengaibkan orang lain serta menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram. Beliau menegaskan bahawa wartawan tersebut langsung tidak merujuk kepada Utusan Malaysia dan beliau juga langsung tidak menyebut mana-mana akhbar, sebaliknya hanya mengulas secara umum.

Namun, apa yang dilaporkan oleh Suara Keadilan dengan tajuk besar ialah Haram baca Utusan Ulama dengan memaparkan gambar dan ulasan Datuk Harun Din.

Dengan penafian Datuk Haron ini maka terbuktilah bahawa akhbar Suara Keadilan telah memfitnah beliau dan sekali gus jatuhlah hukum haram membaca akhbar tersebut.

Jika ulasan Datuk Haron perlu diambilkira, maka bukan sahaja Suara Keadilan haram, malah Harakah juga haram dibaca. Kedua-dua akhbar milik pembangkang ini bukan sahaja menyajikan fitnah secara intensif tetapi juga tidak memberi ruang langsung bagi pihak yang diberitakan itu membela diri atau memberi penjelasan. Ini amat berbeza dengan akhbar Utusan Malaysia yang sentiasa membuka ruang untuk pembangkang menyatakan komen balas atas setiap laporan negatif yang membabitkan mereka.

! Contohny a, Haron Din telah diberi ruang untuk menjelaskan keadaan sebenar dalam akhbar Utusan sendiri. Contoh lain ialah apabila kenyataan Anwar menafikan terlibat dalam video seks serta hujah-hujah perut buncitnya juga disiarkan bagi membolehkan pembaca Utusan menilai sendiri. Dan lagi, serangan UMNO terhadap Nik Aziz yang disiarkan oleh Utusan juga boleh dibalas oleh Nik Aziz melalui akhbar yang sama.

Ini adalah etika persuratkhabaran di mana ia hanya melapor apa yang dikata dan penjelasan dari yang terlibat, dan setiap yang dikata atau penjelasan tersebut pula akan dipastikan sumber dan faktanya agar tidak tersalah lapor.

Namun, Harakah dan Suara Keadilan tidak pernah berpegang kepada apa-apa etika kewartawanan atau persuratkhabaran. Wartawan kedua-dua akhbar ini tidak perlu mengharungi cabaran terkejar-kejar mencari berita untuk dilaporkan. Cukup dengan duduk memerah otak mencari idea bagai menulis cerita fiksyen.

Ketiadaan etika, moral mahupun prinsip dalam menulis amatlah lazim di dalam pembangkang. Hakikat ini dikukuhkan dengan pengakuan blogger tersohor mereka, Raja Petra Kamaruddin bahawa dia hanya menulis berdasarkan apa yang didengar siap ditokok-tambah dengan rekaan sendiri berdasarkan matlamat parti politik yang didokongnya.

Utusan Malaysia adalah jauh lebih berwibawa kerana ia adalah akhbar yang membawa aspirasi kerajaan. Oleh itu, matlamat Utusan Malaysia adalah perpaduan kaum dan menentang perpecahan yang dibawa oleh DAP, PAS dan PKR.

Jika seruan 1Melayu, 1Bumi dijadikan ukuran niat Utusan Malaysia untuk memecahbelahkan kaum, ia adalah tidak tepat. Ini kerana seruan tersebut merupakan refleks semulajadi untuk mempertahankan diri apabila diserang, diprovokasi, dicabar dan dihina keterlaluan. Hanya sang dayus dan man! usia tid ak bermaruah sahaja yang sanggup menerima serangan, provokasi, cabaran dan hinaan yang berterusan tanpa menyerang balas. - MI


Pisau kata "" setuju,Utusan jauh lebih berwibawa dari haprak daily dan suara keldaian"


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012