BN Youth Music Grand Final - 60 Peserta Berentap Ahad Ini
Penentuan juara pencarian bakat baru menerusi BN Youth Music 2011 kini tiba kemuncaknya apabila 60 peserta daripada seluruh negara dikumpulkan untuk bertarung merebut wang tunai berjumlah RM129,000 serta peluang rakaman lagu bersama syarikat Universal Music. Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata 25 peserta solo, 20 band dan 15 vokal berkumpulan bakal bertarung pada peringkat separuh akhir Sabtu ini yang akan diadakan di The Curve, Mutiara Damansara. Menurut beliau daripada jumlah itu, 12 peserta yang akan mewakili setiap kategori akan layak ke peringkat akhir pada hari Ahad yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Pada peringkat separuh akhir dan akhir ini, para peserta yang layak akan mempersembahkan secara "live" dan akan diadili oleh juri-juri yang telah dipilih. Antaranya Jason Lo, Jehan Miskin, Tam Spider serta wakil universal music. "Ini adalah salah satu pendekatan pencarian mereka yang berbakat dalam bidang mu...