“Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil…!” – Anwar Omega

Menjelang Perhimpunan Agong UMNO esok, Anwar Ibrahim cuba merendahkan moral dan semangat para delegasi dan perwakilan UMNO. Dalam ceramahnya di Gelang Patah baru-baru ini, Anwar menyatakan bahawa UMNO takkan berjaya menawan kembali negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Haram.

"Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil… Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor," kata Anwar di hadapan hampir 300 orang hadirin pada ceramahnya itu.

Mustahil? Benarkah dakwaan Anwar adalah MUSTAHIL bagi UMNO untuk menawan kembali negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan? Benarkah begitu hebat sekali sokongan yang diberikan rakyat kepada Pakatan Haram itu?

Sejak Mac 2008, Pakatan Haram mula "meliwat" dan "merogol" negeri-negeri yang berjaya mereka jajah pada Pilihanraya Umum ke-12.

Di Selangor, yang kononnya diwujudkan SELCAT bagi mengawal ketelusan dan intergriti Kerajaan Negeri, rakyat dapat melihat pelbagai kebocoran, ketirisan serius dan penyelewengan kuasa di peringkat tertinggi pakatan DAP, PKR dan PAS itu.

DAP bermaharajalela di Selangor dengan pembinaan kandang khinzir mega bernilai jutaan ringgit, kelab-kelab hiburan belaan Ronnie Liu dan banyak lagi faedah-faedah yang dikaut parti itu termasuklah kontrak-kontrak "direct nego" yang ditenderkan secara pakatan antara "Ali dan Baba".

PKR pula hanya boneka dengan Khalid Ibrahim menjadi "pepatung cacat" dan "gagap" di dalam perlaksanaan perkongsian kuasa. Abangnya, Abdul Rahman Ibrahim kini berkuasa sebagai ketua "perompak" Alam Semesta, menjadikan pasir-pasir Selangor hilang masuk ke koceknya.

PAS? PAS hanya menjadi "lebai dungu" di Selangor. Semua dasarnya dipijak-pijak dan diludah sejijiknya oleh PKR dan DAP. Rampas arak, ditengking Ronnie, dihantar balik arak tersebut ke kedai. Serbu gereja, kena marah dengan Khalid "gagap" dan PAS terus jadi "bisu".

Pakatan Haram Selangor juga sanggup berseteru dengan DYMM Sultan Selangor. Itu yang paling jelas. Hinggakan DYMM Sultan Selangor terpaksa bertitah menyatakan kekesalan baginda atas apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Ingat peristiwa sambutan ulangtahun Yayasan Selangor, nama Aziz Bari dan isu Gereja? Sememangnya Pakatan Haram memang penderhaka!

Itu di Selangor.

Di Pulau Pinang pula menyaksikan hampir semua tanah pulau kini dimonopoli oleh puak-puak chauvinis ultra kiasu DAP yang menghalau orang-orang Melayu dan India keluar secara halus. Dibinanya kondo-kondo dan rumah-rumah yang mahal di sebelah pulau yang sememangnya tidak mampu dibeli oleh Bumiputera, khususnya orang Melayu Pulau Pinang.

Dan dibinanya pula rumah-rumah mampu milik, kos sederhana dan kos rendah di tanah besar semenanjung, kononnya "prihatin" terhadap Melayu, India dan golongan berpendapatan rendah. Pandai tak? Dia asingkan awal-awal puak-puak dia di sebelah pulau dan yang lain di seberang sana. Dipercayai, Guan Eng sedang dalam proses meng"republik" dan meng"Singapura"kan Pulau Pinang. Jika diberi sedikit masa dalam sepenggal dua lagi, tidak mustahil Malaysia bakal kehilangan Pulau Pinang dari peta geografinya.

PKR di Pulau Pinang sedang berebut kuasa dengan PAS. Dan caranya ialah mereka berlumba-lumba memenangi hati Guan Eng! Maka jadilah anak Kit Siang itu bagaikan "maharaja" di negeri Melayu itu. Malik "itik" tikam Salleh Man…Salleh Man tikam Malik "itik". Guan Eng ketawa berdekah-dekah menyaksikan temasya kebahlolan PKR dan PAS di Pulau Pinang.

Kedah? Azizan sedang menunggu masa untuk di"kilas" ketepi oleh orang-orang PAS sendiri. Orang-orang PAS di Kedah sudah tak boleh tahan dengan sikap Azizan yang memang "sayang"kan orang UMNO di negeri itu. PAS Kedah sendiri berpecah kepada 4-5 puak yang gilakan kuasa, jawatan dan projek. Tidak kurang juga yang aktif ke sana ke mari dengan tujuan menge"pau" para peniaga di sana!

Peliknya, tiba-tiba saja seorang Ahli Parlimen di Kelantan dilantik menjadi Presiden sebuah kelab golf di Kedah! Saifuddin Nasution dilantik jadi Presiden Kelab Golf di Kulim? Apa di Kedah tidak ada tokoh PAS, PKR atau DAP yang layak untuk jadi Presiden Kelab Golf, kah? Mengapa perlu diimport budak muka berlubang itu?

Di Kelantan? Tak payah sebutlah! Memang PAS kuat di sana. PKR dan DAP tak kuat pun di Kelantan. PAS ditadbir lebih 20 tahun oleh Mursyidul Am PAS, Pok Nik Ajisss. Malangnya, pemimpin spiritual PAS itu gagal merancakkan ekonomi negeri sehingga anak-anak Kelantan terpaksa merempat mencari rezeki di negeri orang.

Yang tumbuh hebat di Kelantan ialah rumah pelacuran di Jalan Hamzah dan di sekitar kawasan Pejabat MB Kelantan. Judi ekor pun ada. Serambi Mekah ini juga terkenal dengan patung berhala paling besar di Asia Tenggara. Masjid hanya sebuah yang dibina sepanjang 20 tahun lebih pemerintahan Tok Guru. Bazar berniaga? Sempit bangat dehhh..! Nak membeli belah pun berlaga punggung!

Itu belum lagi disebut tentang bekalan air kotor dari AKSB dan sampah sarap yang menghiasi bandar Kota Bharu, "Bandaraya Islam", kononnya! Bandaraya Islam apa kotornya mengalahkan tempat pembuangan sampah?! Buat malu Islam saja. Setahu saya, Islam menganjurkan kebersihan. Kelantan juga menjadi juara penghidap AIDS tertinggi. Namun, bila di sebut saja kelemahan-kelemahan pentadbiran Tok Guru, UMNO-BN pula yang disalahkan! Puloookkk..!!!

Jadi, di mana betulnya kenyataan Anwar di Gelang Patah itu? Mustahil untuk UMNO-BN memenangi negeri-negeri jajahan Pakatan Haram atau mustahil bagi Pakatan Haram untuk mempertahankan negeri-negeri tersebut dari dimenangi semula oleh UMNO-BN? Nampaknya Anwar barangkali sudah nyanyuk?

Apa dia fikir rakyat negeri-negeri itu semuanya buta, tuli, dan bisa diperbodohkan lagi oleh dakyah seperti yang dibuatnya sebelum ini?

Apa dia fikir rakyat negeri-negeri itu rela "diliwat" dan "dirogol" lagi oleh penyamun penyangak sepertinya?

Apa dia fikir rakyat negeri-negeri itu mahu terus ditipu, dianiaya dan dizalimi oleh Pakatan Haram?

Sudah nama dan pakatannya pun berstatus "haram", maka jelaslah perangai mereka pun macam "haram jadah"!

Read More @ Source

Dilema Parti Islam SeMalaysia.mp4

Mereka lebih mementingkan hubungan diantara orang bukan Islam daripada orang Islam walhal mereka sedia maklum Islam bukanlah satu daripada agenda utama untuk dilaksanakan

Video Rating: 1 / 5

More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012