DS Najib: Umno Perlu Reform, Menukar Atau Akan Ditukar !


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Umno mesti terus melakukan transformasi, khususnya setelah memegang kuasa begitu lama atau menghadapi apa dinamakan oleh pihak Barat sebagai Arab Spring atau Musim Bunga Arab.

"Apabila kita berkuasa sebegitu lama, kita rasa kita kebal dari segi politik, kita mungkin berfikir bahawa tidak kira apa yang berlaku, kita akan tetap berkuasa.

"Tetapi tidak kira betapa berjayanya kita atau begitu banyak kejayaan di negara ini kerana usaha kita, landskap hari ini berbeza. Rakyat dan pengundi hari ini mahu mengetahui tentang hari ini dan masa depan," katanya semasa merasmikan forum antarabangsa "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.

Sambil merujuk Arab Spring yang melanda di negara-negara di Asia Barat, Najib mengulangi mesejnya bahawa Umno perlu menukar atau akan ditukar.

"Ini adalah hakikat. Lihatlah apa yang berlaku dalam konteks Spring Arab. Di Afrika Utara, empat rejim telah ditukar."

Perdana Menteri juga melahirkan keyakinan bahawa kerajaan telah merangka jalan perubahan dengan program transformasi.

justeru, menurut Najib, adalah "amat penting" bagi Umno dan BN dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti menjayakan semua agenda transformasi yang dijanjikan.

Presiden Umno itu berkata ini juga akan memastikan wawasan negara untuk muncul sebagai negara maju pada 2020 dapat diteruskan.

"Kita sudah memulakan perjalanan ini - (melaksanakan) transformasi ekonomi, politik dan sosial...Umno akan meneraj! ui trans formasi negara bersama-sama dengan rakan-rakan kita dalam BN, dan kita akan meneruskan perjalanan ini menuju Wawasan 2020.

"Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang. Saya sentiasa menekankan bahawa ianya bukan tidak penting untuk dipilih semula, sebenarnya amat penting untuk dipilih semula. Untuk kita menjayakan transformasi sebenar, kita perlu dipilih semula," katanya.
Read More @ Source

UFB - Kesilapan Dalam Memahami Fiqh Al-Aulawiyat

Kuliah: Ringkasan Shahih Bukhari Lokasi: Yayasan Ta'lim Tarikh: 29/09/2011, 9.45AM Penyampai: Ustaz Fathul Bari Mat Jaya Playlist: www.youtube.com Group: www.facebook.com Kuliah Ringkasan Shahih Bukhari daripada kitab Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Kuliah ini akan berlangsung setiap Khamis pada pukul 9.45 pagi. Semoga bermanfaat... Playlist Version: www.youtube.com Video Penuh: Part 1 - www.youtube.com Part 2 - www.youtube.com AfterCut: UFB - Harus Mengeluh Kerana Tak Dapat Buat Kebaikan www.youtube.com UFB - Wahyu Manakah Yang Paling Awal Diturunkan www.youtube.com UFB - Kesilapan Dalam Memahami Fiqh Al-Aulawiyat www.youtube.com UFB - Menjawab Fitnah Nabi Cuba Bunuh Diri www.youtube.com UFB - Hudud, Qisas, Kazaf, Ta'zir & Rejam www.youtube.com Bagi sesiapa yg tiada software untuk download video dari youtube, boleh download guna cara ini. Cara download: abuaqif.blogspot.com www.youtube.com www.facebook.com www.facebook.com Sumbangan dalam bentuk wang adalah sangat dialu-alukan. Jazakallahukhair.. Maklumat lanjut di sini: www.facebook.com

Video Rating: 5 / 5

More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

AISKRIM CAP SAMSIDA! MARI LIHAT FOTO MAHASISWA BEROMEN DI DATARAN!

Keffiyah Yahudi ~ Usaha puak Zionis Israel untuk menyaingi Keffiyah Arafat

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??