Kongres PKR:Romantika De Pulai

Skrip yang diguna pakai oleh PKR adalah kitar semula.Mulanya dengan janji 16 September,sekarang PRU13 dah berjanji nak ambil alih Putrajaya.




PETALING JAYA: Kongres nasional PKR selama tiga hari yang berakhir semalam skripnya sama dengan tahun-tahun sebelumnya.


Perbezaannya hanya tempatnya dan tarikh. Selama tiga hari – 25 hingga 27 November – kongres mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin agung dan bakal menjadi perdana menteri baru negara selepas pilihan raya umum ke 13.

Kesimpulannya kongres nasional PKR di Pulai, Johor negeri yang diwar-warkan akan ditawan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang tidak lebih dari memukul canang untuk menakut-nakutkan BN.

Bukan kali pertama PKR memalu gong bahawa parti reformasi ciptaan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan menghabiskan riwayat BN dan seterusnya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Semakin hampir parlimen dibubarkan, bertambah kuat suara Anwar dan pucuk pimpinan lain menggertak BN.

Tetapi sesiapa yang waras tentu mempercayai laungan sedemikian rupa tidak lebih daripada sekadar mendabik dada untuk menarik perhatian kononnya Pakatan Rakyat sudah pasti akan merampas Putrajaya.

Menanam mimpi

Untuk merampas Johor, Melaka dan Negeri Sembilan seperti sasaran Anwar umpama menanam mimpi. Tidak perlu dihujahkan lagi mengapa PKR, PAS dan DAP akan gagal di negeri tersebut.

Jika pilihan raya umum 2008 dijadikan ukuran, PKR hanya boleh bertahan di Wilayah Persekutuan dan Selangor sahaja. Di Terengganu, Sabah dan Melaka PKR ditolak mentah-me! ntah ole h rakyat. PKR tidak menang sebarang kerusi.

PKR dilanda masalah, kemelut dan kontroversi yang tidak pernah menemui titik noktah. Elemen-elemen ini menjadikan parti semakin tidak relevan.

Kongres nasional ini sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan parti. Sebahagian wakil rakyat dan pemimpin PKR sendiri bermasalah. Anwar mengakuinya dengan menganggap mereka lupa diri.

"Ada wakil rakyat yang kita tahu hidupnya lumayan sehingga lupa amanah dan kerja yang harus mereka lakukan dalam menaikkan lagi imej parti," katanya.

Justeru itu, katanya, wakil rakyat berkenaan tidak wajar diberi mandat untuk dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.

Telefon dan SMS

Lebih mengejutkan ada pemimpin berkenaan tidak menghadiri kongres ini sebagaimana diakui Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Wakil Kedah, Azman Ismail berkata wakil rakyat dan pemimpin parti tidak tahu berkomunikasi dengan rakyat menyebabkan rakyat tidak puas hati. Mereka, iaitu wakil rakyat dan pemimpin itu berkomukasi menggunakan telefon dan SMS sahaja.

Anwar sendiri sedang bergelut dengan perbicaraan kes liwat, selain dakwaan video seks yang menggemparkan negara beberapa bulan lalu.

Begitupun, aura Anwar dalam arus politik negara tidak pernah pudar tetapi sejak kebelakangan ini kelihatan seperti mula menurun.

Begitupun, kejayaan PKR dalam menghadapi pilihan raya umum ini bergantung kepada Anwar. Anwar adalah nyawa PKR. Itu nyata, Tetapi Anwar seorang diri tidak boleh melakukan semuanya.

Janji 16 September

BN juga sudah berubah. Datuk Seri Najib tidak sama dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dengan tekad mengembalikan kecemerlangan lama, tidak mudah untuk Anwar dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang.

Walaupun BN juga terlempar dengan beberapa skandal tetapi dengan penguasaan media dan jentera keraja! an, suka r untuk mempercayai kerajaan berusia lebih 50 tahun itu akan ditumbangkan.

Janji Anwar bahawa PKR dan Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan baru selepas piiihan raya umum seolah mengulangi janji 16 September 2008.

Semakin dekat dengan tarikh itu, Anwar dengan yakin bahawa jumlah ahli parlimen BN yang menyertai bertambah setiap hari.

Malangnya tiba 16 September, Anwar gagal mengambilalih kerajaan persekutuan. Dan tidak ada seorang pun wakil rakyat BN melompat ke Pakatan Rakyat. Dan yang berlaku adalah sebaliknya. Lima ahli parlimen PKR meninggalkan Anwar.

Jadi bolehkah janji Anwar untuk merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang boleh dipercayai? Adakah ia akan menjadi kenyataan atau hanya mimpi di Pulai?-FMT

Pisau kata " geng pakatan kata PKR syok sendiri"

Read More @ Source

Pilihanraya BERSIH ke 13

Video Rating: 3 / 5

More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012