GEMPAR BERAPI! NFC KANTOI BIG TIME!

Sebelum ini MyKMU pernah menulis pasal isu NFC bahagian 1, Klik sini. Kali ini mereka menulis bahagian kedua yang korang mesti kena baca, apa motif sebenar DAP dalam isu NFC ni...kebenaran beb, kena baca:

Bertanyakan mengenai kontroversi dua unit kondominium One Menerung yang ditimbulkan Rafizi baru-baru ini, Izmir menyifatkan tohmahan itu sebagai sebuah 'sketsa permainan politik' yang sengaja ditimbulkan untuk memenuhi kepentingan politik mereka sahaja dan tidak lebih dari itu.

Menjelaskan maksudnya itu,beliau menceritakan bahawa kemelut ini sebenarnya sudah bermula lebih awal sebelum Laporan Audit Negara 2010 dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara di mana dua orang pegawai NFC telah diberhentikan perkhidmatannya kerana dipercayai terlibat di dalam kes pecah amanah di syarikat itu yang membabitkan kerugian jutaan ringgit.

Menurut lagi, kedua-dua pegawai yang berbangsa Cina itu juga sempat 'mencuri ' beberapa maklumat syarikat sebelum meninggalkan premis NFC, termasuklah maklumat mengenai pelaburan hartanah yang melibatkan pembelian sebuah unit kondominium One Menerung.

Memandangkan kejadian tersebut mampu menjejaskan syarikat, pihak NFC telah membuat satu laporan polis berhubung kejadian dan kes tersebut sedang di dalam siasatan pihak berkuasa.

Menurut Izmir, siasatan polis berhubung kes berkenaan juga dipercayai telah disalah lapor oleh media pro-pembangkang, Malaysiakini.com, yang kononnya NFC sedang disiasat polis berhubung kes pecah amanah, baru-baru ini.

Sedangkan siasatan sebenarnya dijalankan oleh pihak polis adalah terhadap kedua bekas pegawai NFC itu dan bukannya terhadap syarikat itu sebagaimana yang dilaporkan.

Selain itu, beliau juga mendedahkan bahawa sumbernya memberitahu bahawa salah seorang bekas pekerjanya yang diberhentikan itu merupakan ahli DAP dan mengesyaki maklumat mengenai NFC itu 'dijual' kepada pihak pembangkang.

Melalui sumber yang saya peroleh! , nama i ndividu yang dikenal pasti sebagai ahli DAP dan berkhianat terhadap bekas majikannya itu ialah "Danny Fong". Bagaimanapun, memandangkan kes tersebut masih di dalam siasatan polis, saya enggan mengulas lanjut mengenai individu tersebut.

Mungkin untuk mengaburi mata rakyat dan tidak mahu hubungan bekas pegawai NFC dengan DAP, dipercayai bahawa parti pembangkang itu telah menyerahkan maklumat tersebut kepada PKR untuk dikontroversikan di kalangang rakyat umum.

Mematahkan hujah Farizi, Izmir menegaskan bahawa di bawah 'Memorandum dan Artikel Syarikat Malaysia', difahamkan bahawa ahli lembaga pengarah syarikat berhak untuk melakukan keputusan untuk membuat apa-apa pelaburan yang menguntungkan syarikat tersebut.

Menjelaskan mengenai perkara berkenaan, ahli-ahli lembaga pengarah NFC telah memutuskan untuk membeli dua unit kondominium tersebut sebagai pelaburan memandangkan syarikat itu mempunyai lebihan dana yang tersimpan 'beku' dan wajar 'dicairkan' untuk meraih keuntungan.

Harga bagi seunit kondominium itu berharga RM6.8 juta selepas diskaun dan bukanlah berharga RM9.8 sebagaimana yang ditohmah Rafizi sebelum ini.

Hasil dari pembelian kedua unit kondo itu, NFC telah berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM3.12 juta, iaitu 22.6 peratus dalam tempah setahun, berbanding 2.75 peratus sahaja jika 'dibekukan' di dalam simpanan tetap bank.

Selain itu, pelaburan tersebut dilakukan atas nama syarikat dan bukannya atas nama individu tertentu.

Anehnya, pelaburan bijak yang sah disudut perundangan seumpama ini juga sering dilakukan oleh syarikat-syarikat besar lain, namun tidak pula dipersoal atau dijadikan isu kontroversi oleh para pemimpin pembangkang.

Jadi, apa motif pihak pembangkang meng'kontroversi'kan isu yang tidak sepatutnya menjadi isu ini selain kepentingan politik dan memburuk-burukkan imej pihak tertentu?

Dipercayai, usaha-usaha keji ini cuba dibuat untuk memburukkan imej Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil, Kerajaan Bari! san Nasi onal dan dasar kerajaan yang mahu meningkatkan pelaburan sosio-ekonomi di kalangan Bumiputera di negara ini.

Malangnya, dakwaan tidak berasas yang dilakukan oleh para pemimpin pembangkang ini mampu mempengaruhi segelintir rakyat yang berjaya dimanipulasi minda mereka dan mereka enggan menerima apa jua penjelasan yang diberikan meskipun diberikan fakta-fakta kukuh berhubung isu ini.

Penulis khuatir dengan budaya 'mempercayai dakwaan tidak berasas' ini yang semakin popular di kalangan pemimpin pembangkang akan menjejaskan daya intelektual rakyat negara ini dan memperbodohkan pemikiran rakyat dari fakta yang sebenar.

Saya yakin bahawa usaha puak-puak pembangkang ini juga adalah bersumberkan arahan dari DAP yang tidak mahu monopoli pasaran daging di negara ini dipecahkan oleh usahawan bumiputera, khususnya dari bangsa Melayu sendiri. Sikap chauvinis ultra kiasu puak-puak DAP kini telah berjaya meresapi PKR dan PAS secara umumnya menjadikan mereka ini lebih teruk akalnya dari lembu-lembu di NFC.

Entah sampai bila perkara ini akan terus dimainkan dan mungkin hanya akan berhenti setelah pihak pembangkang berjaya menguasai Putrajaya, mungkin?

Sumber: MyKMU

Read More @ Source

Ada 'Anasir' Menangguk Di Air Keruh : Cuba Rosakkan Hubungan Malaysia - Indonesia

KUALA LUMPUR, 18 Okt - Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kasim membayangkan ada kemungkinan ada anasir-anasir dalam dalam negara ini sendiri yang melihat pertikaian isu-isu tertentu antara Malaysia dan Indonesia akan menguntungkan mereka terutamanya dari segi politik untuk jangka masa panjang. "Dalam masa yang sama, keterbukaan media yang diamalkan di Indonesia secara meluas, mereka boleh bercakap dan komen apa sahaja dengan secara terbuka, yang akhirnya mendatangkan kesan yang amat negatif terutamanya apabila sesuatu isu timbul di peringkat dua hala antara Malaysia dan Indonesia. "Kedua-dua ini memerlukan soal ketanggungjawaban, 'sense of belonging' tidak ada. Kita tidak boleh melihat dari segi agenda politik untuk kita merosakkan negara, kita juga tidak boleh melihat bahawa ini merupakan satu keadaan yang mana kita boleh meraih keuntungan daripada kekeruhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia," ujarnya kepada UMNO-Online ketika di Parlimen hari ini. Tambahnya, jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia boleh menjurus kepada perkara-perkara yang lebih teruk dan tidak baik sedangkan Indonesia merupakan satu pasaran ekonomi terbuka yang turut menguntungkan negara Malaysia. "Ia akan menguntungkan kita jika kita melihat dari segi kerjasama "win-win situation" antara negara kita dan Indonesia sama ada hubungan dua hala, hubungan perdagangan, hubungan ekonomi dan hubungan pelaburan antara dua buah negara yang sebenarnya mempunyai kekuatan yang perlu disatukan demi ...

Video Rating: 0 / 5

More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

AISKRIM CAP SAMSIDA! MARI LIHAT FOTO MAHASISWA BEROMEN DI DATARAN!

Keffiyah Yahudi ~ Usaha puak Zionis Israel untuk menyaingi Keffiyah Arafat

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??