Pemuda Jadikan Program Transformasi Sebagai Mantera Raih Sokongan Rakyat

Oleh Azlina Rosdy

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu akan menggunakan program transformasi yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mantera untuk meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

 

Jelas beliau program transformasi seperti politik yang menjurus kepada kebebasan sivil dan memperkasakan hak asasi, menepati citarasa generasi muda terutama yang tidak menganggotai parti politik atau 'atas pagar'.

Justeru beliau akan mengupas program transformasi itu pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Rabu ini.

"Saya akan memperhalusi signifikasi dan makna sebenar transformasi yang dibawa Perdana Menteri supaya lebih difahami bahawa ia merupakan tuntutan zaman bagi generasi muda yang sebenarnya cukup dekat dengan aspirasi golongan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini hari ini.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan perwakilan Pemuda UMNO agar membahaskan perkara yang berkaitan dengan kepentingan generasi muda kerana butiran perbahasan turut dinilai masyarakat di luar.

"Jadi selain daripada sensitiviti kaum, apa yang dicakapkan itu mesti ada relevan dengan orang muda di luar dan jangan sampai mereka lihat apa yang dibahas oleh Pemuda langsung tidak relevan dengan citarasa, kehendak dan aspirasi mereka," katanya.

Beliau turut memberitahu pergerakan itu juga telah memilih tiga orang jurucakap bagi membentangkan usul dan membawa suara orang muda pada Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pda 29 November sehingga 3 Disember ini.

Jelas beliau lagi usul ucapan berterima kasih kepada Presiden akan diwakili Penolong Setiausaha Pemuda, Datuk Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid manakala untuk usul ekonomi akan diwakili oleh Jamawi Jaafar, Exco Pemuda merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom.

Untuk usul agama, sosial dan pendidikan pula kata beliau akan diwakili Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Rizal Marican Naina Marican,.

Sementara itu, menyentuh dasar ucapannya sebagai Ketua Pemuda pula akan berkisar kepada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Saya akan menfokuskan kepada gerak kerja Pemuda yang berada di tahap bersedia untuk menghadapi PRU dan tidak ada lagi masalah dalaman yang perlu diselesaikan sebelum menghadapi perang yang sebenar. Apa yang penting adaah semangat, perpaduan, hala tuju dan strategi harus seiring dalam gerak kerja.

"Kita akan buat perbandingan antara Pemuda dan pembangkang agar generasi muda dapat melihat dengan jelas kenapa BN masih lagi merupakan pilihan yang terbaik. Ini selari dengan slogan yang kita lancarkan baru-baru ini iaitu 'BN Pilihan Orang Muda' di mana perhimpunan ini akan menjadi bukti mengapa BN masih menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia termasuk golongan muda," ujarnya. -MediaUMNO

 

Read More @ Source

Ucapan Perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor - Ketua Pembangkang Selangor

Ucapan Perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor - Ketua Pembangkang Selangor Dr Mohamed Satim Diman

Video Rating: 0 / 5

More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012