Gelar Zambry Hitam Metalik Bukti Betapa Rendahnya Akal Budi Pemimpin Pembangkang


Tindakan pembangkang menghina Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dengan gelaran Zambry Hitam Metalik menunjukkan betapa rendahnya akal budi mereka yang sentiasa menghalalkan sebarang bentuk penghinaan, demikian menurut Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Selain kerendahan akal budi, tegas beliau tindakan pemimpin pembangkang menghina peribadi pemimpin Barisan Nasional (BN) membuktikan mereka sekarang sudah hilang modal untuk menyerang BN.

"Inilah moral pemimpin pembangkang yang rendah akal budi. Mereka sudah tidak ada isu sebab itu mereka kini serang peribadi pemimpin BN.

"Sebenarnya mereka sekarang sudah cukup tertekan apabila melihat kerajaan di bawah kepimpinan BN telah melakukan pelbagai program dan pendekatan membela rakyat tanpa mengira kaum. Kerajaan BN telah mendahului mereka dalam apa jua bentuk pembelaan rakyat termasuk soal ekonomi, pendidkan dan sebagainya.

"Ini membuatkan mereka cukup gelisah hingga terpaksa menggunakan pendekatan politik sempit menyerang dan menghina peribadi pemimpin BN", katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong berkata perbuatan menghina pemimpin BN bukanlah satu perkara baru malah ia sebenarnya satu tabiat wajib pembangkang terutama ketika berceramah.

"Itulah modal mereka… mereka hina pemimpin BN kerana bagi mereka itu satu lawak. Bagi mereka, mereka adalah manusia sempurna… yang buruk, lemah itu pemimpin BN. Inilah mentaliti mereka yang bagi kita cukup memalukan", ujarnya.

Justeru beliau percaya tindakan menyerang dan menghina pemimpin BN ini tidak akan mendapat tempat di hati rakyat.
"Sa ya yakin rakyat khususnya di negeri Perak ini sudah cukup faham dengan taktik pembangkang. Mereka sanggup melakukan apa saja demi survival politik kerana mereka sememangnya mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara", katanya.

Video Nga Kor Ming hina Zambry klik di sini..
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

AISKRIM CAP SAMSIDA! MARI LIHAT FOTO MAHASISWA BEROMEN DI DATARAN!

Keffiyah Yahudi ~ Usaha puak Zionis Israel untuk menyaingi Keffiyah Arafat

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??