Siapakah 'Tuan'? Siapa pula yang dok jadi 'hamba'? Ustaz Kazim Elias
Soalan soalan yang tak ramai orang Melayu berani bertanya?
Alhamdulillah, ada juga lelaki beriman, berilmu pengetahuan, warak dan bertaraf ustaz berceramah dan menyampaikan maklumat yang berasaskan kebenaran!!!
Setiap kenyataan Yang Mulia Ustaz Kazim Elias adalah realiti yang setiap warga Negeri Negeri Tanah Melayu ini wajib maklum dan mengaku akan keadaan semasa di Semenanjung Tanah Melayu Malaysia ini.
Jangan lupa sejarah tuan tuan dan puan puan!
Ini adalah Tanah Melayu. Ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk anak bangsa Melayu yang berasal dari Rumpun Nusantara.
Masyarakat Malaysia harus sedar dan terima hakikat sejarah ini. Tak kira bangsa mana sekalipun.
Yang India berasal dari Negara India dan Cina dari China. Ini hakikat!
Tidak ada didalam negara lain didalam seantero dunia, kemudahan yang diberikan kepada kaum imigran seperti diberikan didalam Negara Malaysia ini.
Ustaz Kazim Elias Al Hafiz berkata yang benar.
Hamba sokong pandangan dan pendapat beliau ini.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memelihara Ustaz dan mengurniakan kepada beliau kebaikan didunia ini dan juga di Akhirat nanti.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Comments