Mufti Perak digelar 'Haramsani' oleh Nor Azli Musa dari PAS!!! Parti Islam???



Sekian lama kita melihat, membaca dan mendengar ucapan penuh maki hamun, kata kata penuh penghinaan dan perkataan perkataan celupar, biadap serta kurang ajar dari mereka yang mengaku ahli Parti Islam SeMalaysia, siap berserban, berjubah dan berjanggut tetapi mulut bagaikan longkang Pasar Chow Kit yang busuk, hanyir dan meloya macam bangkai!


Sungguh biadap dan kurang ajar sekali cara Nor Azli Musa ini memaki hamun Sahibus Samahah Al Fadhil Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dengan menggelarkan beliau sebagai 'Haramsani' sepertimana dibuktikan didalam rakaman video diatas!


Parti Islam macamanakah ini yang boleh membiarkan para penceramahnya mengeluarkan perkataan perkataan yang tak sepatutnya diucapkan terhadap seorang mufti yang dibawahnya bertugas sekian ramai pegawai pegawai Jabatan Agama Islam Perak Darul Ridzuan?


Manakah perginya adab sopan santun yang seharusnya ada pada seseorang penceramah yang mewakili sebuah parti yang berlabelkan Islam?


Saya tak sanggup percaya bahawa inilah cara yang diajar oleh Dewan Ulama PAS kepada ahli ahlinya bila berceramah pada umum!


Islam jenis apakah yang dibawa oleh seorang yang mencaci cerca saudara seagamanya dikhalayak ramai begini?


Saya amat kecewa sekali melihat keceluparan yang dilakukan oleh Nor Azli Musa yang selama ini sering saya lihat berada didalam protes protes begitu begini oleh PAS dan juga keterlibatan dirinya didalam usaha menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Arab Palestin diGaza.


Sayang seribu kali sayang! Inilah yang t! erjadi b ilamana nafsu amarah menguasai diri seseorang sehingga segala usaha murni dirinya untuk agama dan kebajikan manusia tercemar dengan perlakuan celupar dan teramat biadap sepertimana ditunjukkan didalam video diatas.


Apa ke halnya bermusuh dengan Mufti Perak sampai begitu sekali? Tan Sri Harussani ada buat sesuatu ke terhadap peribadi Nor Azli Musa sampai begini biadap sekali kelakuannya terhadap Mufti Kerajaan Negeri Perak ini?


Hello! Permusuhan politik apekejadahnya ini sampai lupa akan serban yang ada kat kepala?


Imej alim dan warak Nor Azli Musa hancur musnah dengan caci maki yang keluar dari mulut yang sekian lama ini tak putus dengan takbir dan tahmid memuji dan memuja akan kebesaran Allahu Rabbi sembahan kita semua dan juga Tan Sri Mufti Perak!


Ini tak betul! Saya sungguh sedih melihat perkara ini berlaku.


Harapan saya agar saudara Nor Azli berastaghfar banyak banyak dan berusaha membetulkan kesilapan ini dengan mengambil pendekatan Dakwah al Islamiyyah dan bermuzakarah dengan Mufti Perak sebagai aktivis Islam yang penuh hemah dan beradab dari lupa akan sifat dan sikap yang sepatutnya ada pada seorang yang berjuang untuk kesyumulan Islam sekian lama ini.


Cara memaki hamun dan menghina sesama Islam ini tak kena dengan cara dan tertib perjuangan mana mana aktivis Islam yang sebenar.


Mudah2an seluruh aktivis dan pejuang Islam seMalaysia tak kira dari parti politik mana sekalipun tidak mudah jatuh keperangkap durjana Iblis dan Syaitan Laknatullah menghancurleburkan segala kebaikan yang mereka lakukan sekian lama ini dengan berlaku seperti apa yang Nor Azli Musa dah lakukan!


Ikutilah tertib dan cara Tuan Guru Prof Dato Dr Harun Din lakukan didalam perjuangan beliau menegakkan syiar Islam selama ini.


Mudah2an diterima semua!


Ya Allah! Bimbingilah kami ke jalan Mu Ya Rabb dengan memberikan kami Taufik dan HidayahMu Ya Rahman dan jauhi lah kami bermusuh2an sesama kami Ya Malikul Mulk Dzul Jalali Wal Ikram!


Amin Ya Rabbal Alamin.


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012