Orang banyak doso selalu berubah pendirian
KJ Buat 'U Turn" Dengan Umum Pertahan Jawatan Ketua Pemuda?
KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan akan datang.
Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan sama ada akan meletakkannya kembali bertanding kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya sekarang pada pilihan raya umum akan datang.
Khairy berkata demikian ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas Radio24 Bernama.
Beberapa bulan yang lalu dalam temuramah dengan portal berita AgendaDaily.Com. Khairy telah memberikan bayangan yang beliau tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatannya dalam Pemuda pada pemilihan akan datang.
Ramai yang mengaitkan keputusannya untuk bersara dari politik itu ada kena mengena dengan kedudukannya dalam kerajaan.
Ini kerana walaupun menyandang jawatan ketua pemuda tetapi Khairy masih tidak dilantik menduduki sebarang jawatan dalam kerajaan sedangkan naibnya, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan menteri.
Bagaimanapun Khairy pernah menyatakan keputusannya untuk 'bersara' dari politik jika benar berlaku, adalah bagi memberikan tumpuan kepada perkara-perkara lain yang beliau ingin lakukan dalam hidup.
Ini telah beliau tunjukkan sedikit demi sedikit dengan mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan dan penglibatannya dalam Regimen Askar Wataniah.
mStar Khamis Mei 26, 2011
Comments