FINAS ~ Bob Lokman berkata benar dalam video ini! Perbetulkan lah industri seni!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Tuan tuan dan puan puan, saudara seIslam sekelian.


Didalam dunia hiburan dan seni negara kita Malaysia ini, memang wujud keadaan yang diceriterakan saudara Bob Lokman, seorang pelakon, pelawak dan pencipta lagu yang kini berhijrah kedunia politik tanahair bersama parti PAS.


Apa yang disampaikan Bob Lokman didalam ceramahnya didalam video diatas sememangnya wujud dan saya sendiri pernah menyaksikan keadaan yang dikatakan Bob tentang cara krew krew perfileman dan yang berkaitan menjalani kehidupan mereka dengan mengabaikan seruan Ilahi semasa mereka ber'karya'.


Apa yang berlaku didepan kamera dan realiti yang berlangsung dibelakang kamera adalah dua keadaan berbeza.


Didalam hal ini saya menyokong Bob Lokman 100%!


Kita perlu berani berhadapan dengan keadaan semasa. Setiap kemungkaran dan maksiat yang berlangsung dihadapan kita, samada kita setuju atau tidak, jatuh tanggungjawab keatas kita untuk membanterasnya menggunakan tangan kita @ kuasa yang ada pada kita.


Seandainya kita tak mampu melakukan itu ~ mencegah atau menghentikannya, maka hendaklah kita menggunakan lisan kita ~ apa yang sedang Bob Lokman lakukan - atau sebagai seorang Blogger Muslim - menulis tentang nya dengan niat supaya pihak berwajib akan melakukan sesuatu menurut lunas lunas kuasa dan hak yang ada pada mereka untuk menghentikannya atau mencegah perkara itu menggunakan undang undang.


Jika bab itu pun kita tak mampu, maka hendaklah! kita me mbenci akan perkara maksiat atau kebatilan itu didalam hati kita. Yang ini dah masuk peringkat iman paling lemah ~ koman spanar! Tak leh pakai beb ~ dah masuk keadaan menghampiri kekufuran. Na'uzubillahiminzalik!


Makanya apa yang 'U'start' Bob Lokman kabarkan ini kita kena terima. Ini hakikat keadaan semasa maksiat dan salahlaku yang sedang berlaku didalam dunia hiburan tanahair.


Saya tak nampak bagaimana pihak FINAS akan perbetulkan keadaan ini sebab segala galanya perlu bermula dari peringkat Kementerian sendiri.


Macamanalah pegawai pegawai FINAS nak berani mengubah keadaan semasa sekiranya Pak Menteri sendiri tak tegor bab ini?


The fish rots from the head down!


Syabas Bob! Didalam hal ini, watashi support sama lu bro!


Teruskan!

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012