Dunia Muslim Ibarat Kembiri Tanpa Kepemimpinan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

RAMAI pembahas dalam posting bertajuk Suharto Popular, Pegawai Awam Kita Derhaka menyalahkan sistem pemerintahan (Islam vs Kapitalisme Barat) sebagai penyebab kepada ketidaksejahteraan hidup, khasnya di kalangan umat Islam.

Saya tidak bercadang memanjangkan polemik ini. Apa yang lebih merisaukan saya adalah ketidakupayaan negara-negara berpenduduk majoriti Muslim menangani masalah dalaman dan antarabangsa.

(Saya tidak mahu menggunakan istilah Negara Islam kerana boleh kata hampir semua negara yang majoriti penduduknya Muslim, tidak mengamalkan pemerintahan Islam. Saya akan guna istilah negara-negara Muslim (Muslim nations)).

Ketidakupayaan yang paling ketara di kalangan negara Muslim adalah menggunakan kekayaan alam yang dianugerahkan Allah dengan baik. Ini diikuti oleh kegagalan mereka membebaskan diri daripada hegemoni ekonomi dan ketenteraan Barat.

Akibatnya, walaupun ada negara Muslim yang kaya dengan hasil bumi, mereka membazirkannya. Hanya segelintir golongan atasan yang kaya raya manakala rakyat jelata menderita. Golongan atasan ini pula sanggup menjadi boneka Barat semata-mata untuk menjaga kekayaan dan kedudukan istimewa mereka.

Jadi, apabila Amerika dan sekutu Eropahnya menggunakan kuasa veto merekadalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa bersatu untuk melanggar dan menduduki negara-negara Muslim, majoriti negara Muslim menyokongnya dan ada yang membenarkan wilayah mereka dijadikan pangkalan tentera bersekutu Barat untuk tujuan itu.

Apabilaada rakyat yang benci penaklukan Barat bangun menentang atau memberontak, mereka akan dilabel! kan pela mpau dan pengganas. Tidak cukup dengan pasukan keselamatan sendiri, mereka membenarkan perisik Barat mengebom wilayah mereka sendiri dan penangkap rakyat mereka untuk dibawa macam binatang ke Teluk Guantanamo di Cuba.

Sikap pro-Barat yang melampau ini sudah pun mula meracuni fikiran sesetengah pembesar Muslim kita yang menyokong setiap langkah Barat dan menjadi burung kakak tua yang melaungkan slogan anti-keganasan ala Bara.

Pemikiran mereka ini terlalu dangkal dan simplistic untuk membuat analisis dan mencapai kesepakatan bahawa punca kepada kebangkitan dan pemberontakan umat Islam hari adalahhegemoni dan monopoli ekonomi oleh Barat.

Ramai rakyat Pakistan bersimpati dengan Al-Qaeda dan Taliban di samping menentang kerajaan mereka kerana mereka benci dengan penaklukan Amerika ke atas negara mereka dan ke atas Afghanistan.

Pakistan adalah negara satelit Amerika ketika Perang Dingin. Amerika menggunakan sengketa India-Pakistan untuk mencengkam negara Muslim itu. Amerika membekalkan senjata kepada jeneral-jeneral Pakistan kerana Kesatuan Soviet membekalkan senjata kepada India.

Amerika menyokong pemerintahan tentera di Pakistan dan mengganggu-gugat mana-mana pembesar Pakistan yang tidak menyokong dasarnya atau cuba menegakkan pemerintahan Islam.

Amerika menyokong pemerintah-pemerintah negara Muslim yang autokratik, korup dan sasau dengan menggunakan kuasa politik, diplomasi, wang ringgit dan senjata. Syaratnya mudah saja mereka membenarkan syarikat Amerika mengeksploitasi hasil bumi mereka.

Tetapi syarat paling penting adalah mereka mengiktiraf kedaulatan Israel dan tidak bermusuh dengannya. Contoh klasik eksploitasi Amerika adalah layanannya terhadap Muammar Gaddaffi, Libya.

Pada mulanya mereka memusuhi beliau kerana beliau pro-Russia dan memiliknegarakan aset syarikat minyak Barat. Kemudian mereka berbaik-baik dengannya apabila beliau membuka ekonomi Libya kepada Barat.

Kini, kerana Amerika dan Barat takut hilang pengaruh di negara-n! egara Ar ab yang sedang mengalami protes jalanan, mereka cuba memaksa Gaddafi meletakkan jawatan dengan menyokong pemberontak. Ditakdirkan pemberontak Libya berjaya, tidak dapat tidak mereka terpaksa mengenang budi Amerika dan sekutunya dalam Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Lihat pula apa yang berlaku kepada Hosni Mubarak di Mesir. Daripada sabat akrab Amerika dia kini menjadi paria di negaranya sendiri, ditahan dan dibicarakan atas tuduhanrasuah dan sabotaj ekonomi.

Ramai pembesar negara Muslim yang dangkal pemikirannya dan taasub kepada Washington, tidak sedar sikap dan dasar Amerika. Amerika adalah apa yang disebut sebagai fair weather friend atau kawan masa senang.

Bila politik Mubarak dan Suharto kuatdan disenangi rakyat jelata, Amerika menyokong mereka. Tetapi apabila segelintir rakyat bangun menentang mereka, Amerika cepat-cepat angkat kaki.

Hal ini amat disedari oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad (Tun). Sebab itulah beliau tidak taasub kepada Barat. Malah beliau amat kritikal terhadap tipu-helah dan hipokrasi Barat.

Hari ini, Dunia Muslimbukan sahaja tidak mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa, malah ia tidak lagi mempunyai seorang jurucakap seperti Dr Mahathir.

Dalam keadaan tersepit dan penuh kehampaan itu, ramai Muslim bersedia menerima kepemimpinan Osama bin Ladin atau, setidak-tidaknya pun, bersimpati dengan perjuangan beliau.

Selagi Dunia Muslim gagal kembali kepada persaudaraan Muslimdan mewujudkan pemerintahan yang cekap, adil dan bersih, selagi itulah hegemoni dan eksploitasi Barat akan mencengkam mereka dan kekallah mereka sebagai kembiri dan sida-sida politik.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012