AHB: Jana Pemilikan Kolektif Hartanah Oleh Bumiputera

A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

KETIKA Perdana Menteri ketiga, Allahyarham (Tun) Hussein Onn, melancarkan Skim Amanah Saham Bumiputera di Ibu Negara pada tahun 1981 saya tidak menghadirinya. Sebaliknya saya berada di Batu Pahat dan sekitarnya bagi membuat liputan sambatan Bumiputera terhadap saham amanah itu.

Alhamdulillah, hari ini berjuta Bumiputera menjadi pelabur ASB dan unit-unit saham lain yang ditaja oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pelaburan saham amanah sudah menjadi kebiasaan kepada ramai Bumiputera. Melaluinya tercapailah sedikit sebanyak matlamat pengagihan kekayaan negara.

Hari ini, saya mendapat pelawaan bidan terjun menghadiri pelancaran Skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) di Pusat Konvensyen Sime Darby di Ibu Negara oleh Perdana Menteri, Mohd Najib (Tun) Abdul Razak.

Terima kasih kepada sahabat lama saya zamanNew Zealand dan New Straits Times, (Tan Sri) Md Nor Yusof kerana menjemput. Dia adalah Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), pelaksana AHB.

Tahniah dan terima kasih kepada kerajaan kerana menubuhkan PHB pada tahun 2006 yang sejak itu telah membeli beberapa aset hartanah strategik untuk dipegang bagi pihak Bumiputera dan kepada Mohd Najib kerana mengumumkan skim AHB ketika membentangkan Belanjawan 2011 baru-baru ini.

Alhamdulillah, tidaklah sia-sia Bumiputera dari jauh dan dekat menegangkan urat tengkuk mendongak ke langit untuk melihat bangunan-bangun pencakar langit di Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya beberapa buah daripadanya adalah milik mereka.

Kalau skim pemilikan dan pengagihan kekayaan negara seperti AHB tidak diwujudkan, bukan leher Bumiputera sahaja! yang sa kit, hati mereka pun turut sakit kerana bangunan-bangunan tersergam itu bukan milik mereka.

Hari ini, dengan pelancaran AHB dapatlah mereka menjadi pemilik sah aset-aset strategik itu dengan melabur sekurang-kurangnya RM500 seorang. Yang banyak simpanan, bolehlah melabur maksimum RM200,000.

Unit-unit saham AHB boleh dibeli oleh semua Bumiputera di 400 cawangan Malayan Banking Berhad dengan syarat bakal pelabur berusia tiga bulan (ya, bulan) ke atas. Skim AHB adalah patuh syariah, berharga RM1 seunit, modal dilindungi, boleh dijual balik sekali sebulan kalau perlukan duit dan akan membayar dividen dua kali setahun. Mohd Najib berkata skim AHB menjanjikan kadar dividen yang kompetitif yang pastinya mengatasi faedah simpanan tetap.

Alhamdulillah, tidak semua aspirasi dan hak kaum Bumiputera dilunturkan atau diabaikan terus atas nama transformasi ekonomi. Kerajaan wajib membuktikan melalui tindakan bahawa hak dan kepentingan kaum induk dan majoriti tidak akan dikorbankan atas nama liberalisasi ekonomi.

Saya tidak pasti kalau Mohd Najib masih ingat, tetapi saya dan beberapa orang wartawan lama Melayu telah bertemu beliau ketika beliau Timbalan Perdana Menteri untuk merayu agar matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyakat diteruskan.

Kita bercakap mengenai jurang pendapatan yang semakin meluas antara yang kaya dengan yang miskin, antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan antara yang kaya dalam satu bangsa dengan yang miskin dalam bangsa yang sama.

Hari ini, Mohd Najib bercakap mengenai keperluan berlaku adil kepada semua pihak dan mengenai bahaya meminggirkan kaum majoriti dalam arus pembangunan negara. Lantaran itu, kita bolehlah melihat pelancaran AHB sebagai salah satu cara menjamin penyertaan dan pemilikan Bumiputera dalam sektor hartanah.

Syabas dan terima kasih kepada semua yang terbabit.
See What Pakatan Rakyat Gotta Say?

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012