PANAS : WAN AZIZAH UNGKIT KISAH LAMA MENGENAI SHAMSIDAR....??
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mengesahkan Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail berperang dingin dengan Shamsidar Taharin, isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Itulah hakikat sebenarnya, mengesahkan persepsi sebelum ini bahawa Wan Azizah dan Shamsidar tidak boleh bertentang mata, katanya kepada AIDCNews ketika diminta mengulas ketidakhadiran Dr Wan Azizah menemani suaminya, Anwar untuk menghadiri rumah terbuka, Azmin Ali.
Ketika diminta mengulas lanjut, Anuar menjawab sambil ketawa, kalau Wan Azizah datang juga akan jadi perang. Jadi untuk elak perang, lebih baik tidak datang.
Menurutnya alasan Wan Azizah tidak hadir disebabkan bertembung dengan program rumah terbuka PKR tidak munasabah kerana Azmin juga merupakan tunggak utama yang menerajui parti tersebut.
Kenapa Presiden parti tidak boleh pergi ke rumah Timbalan Presiden. Adakah bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden cuba sabotaj antara satu sama lain kerana buat rumah terbuka berasingan ?, katanya.
Katanya, Wan Azizah tidak akan hadir sebarang bentuk program berbentuk kekeluargaan yang melibatkan Shamsidar Taharin.
Bila program keluarga melibatkan isteri Azmin, sudah diketahui umum bahawa Wan Azizah tidak akan hadir, katanya.
Anuar yang juga bekas Setiausaha Politik Dr Wan Azizah turut mengesahkan hubungan Presiden PKR dengan isteri Timbalan Presiden PKR tidak baik sejak tahun 1990-an lagi.
Sejak dulu, Wan Azizah ada merungut Anwar sering beri perhatian lebih kepada Azmin dan keluarganya, katanya. seterusnya...

Comments