Henti Putar Belit, UMNO Tidak Pernah Tolak Hudud
Oleh TG Azman TG Abas
KUALA LUMPUR, 30 Sept Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata setiap orang Islam sama sekali tidak akan menolak hukum hudud malah akan menyokong sepenuhnya pelaksanaan ke arah itu kerana ianya adalah hukum yang terkandung di dalam Al-quran.
Justeru beliau membidas mana-mana pihak yang cuba membuat pelbagai fitnah dan dakwaan kononnya UMNO menolak hudud kerana sebagai orang Islam Hudud diakui adalah yang terbaik.
Namun beliau mengingatkan jika pelaksanaan itu tidak menepati apa yang ditekankan Islam, ianya dikhuatiri boleh memberi imej buruk kepada Islam kerana Islam itu adalah syumul yang memberikan keadilan kepada semua pihak.
Sebagai orang Islam, hukum hudud adalah hukum yang terbaik dan Islam itu syumul.mereka kena pastikan pelaksanaa itu akhirnya berjaya sebab kalau gagal kita tidak mahu akan ada orang kata undang-unadng Islam tidak bagus atau tidak adil.
Ini yang kita dalam UMNO perkatakanbenar-benar bersedia untuk melaksanakan undang-undang hudud ini. Kita tidak mahu apabila kita tidak berapa bersedia akhirnya gagal dan dipersalahkan Islam itu kononnya gagal.
Sebab yang tidak bagus itu bukan undang-undang Islam dan tidak bagus itu bukan agama Islam tetapi itu adalah pelaku. Kita ambil mudah, kebersihan sebahagian daripada imanmaknanya kita kena jaga kebersihan, namun Kelantan masih kotorIni kerana pentadbiran di Kelantan tidak jaga kebersihan dan bukannya Islam itu kotor, katanya kepada mediaUMNO di sini.
Beliau seterusnya menegaskan jika Pas benar-benar mahu melaksanakan usaha ke arah itu, mereka boleh melaksanakannya kerana urusan agama Islam berada di bawah kuasa kerajaan negeri.
Dan jika mereka membawa perkara itu ke Parlimen, sokongan dua pertiga diperlukan untuk meminda Perlembagaan. Soalnya hari ini BN pun tidak ada dua pertiga dan kalau UMNO serta orang Islam semuanya bersetu! ju untuk Kelantan laksanakan pun kita tidak cukup dua pertiga.
Mereka kena kena minta tolong dengan DAP dan PKR. Mereka jangan minta dengan MCA, MIC dan Gerakan sebab kita tidak pernah pun bincang laksanakan hukum Hudud di bawah kerajaan BN. Kita ada alasan kita kenapa tidak buat.
Tetapi kita tidak boleh bantu dia untuk cukupkan dua pertiga. Soal sekarang kita kena pinda dan mereka kena cakap balik dengan DAP dan PKR untuk sokong selepas mereka bawa. Jadi kita nak tanyalah DAP nak sokong atau tidak pindaan kepada Perlembagaan itu.
Dalam suasana hari ini mereka kena cari sokongan dua pertiga dari kalangan mereka. Jadi mereka nak tuduh UMNO menolak perkara itu tidak betul. Mereka cuma nak tunjuk kita yang bermasalah, katanya.
Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah, bukankah Hukum Islam itu merangkumi semua baik orang Islam mahupun bukan Islam.
Padahal undang-undang itu untuk semua tidak kira Islam atau tidak. Dia cakap buat di Kelantan untuk orang Islam.. tidakundang-undang Islam untuk semua kerana ia memberi keadilan.-MediaUMNO
Comments