Panas! DAP Sokong Hudud! Kejayaan Dakwah PAS?
Baru baru ini perbualan Pisau bersama Datuk S :klik sini. beliau ada menyebut mengenai kemahuan Nik Aziz untuk melaksanakan hudud sebelum beliau berundur.
Datuk S mengingatkan bahawa apa yang berlaku selepas ini banyak yang tersirat , beliau turut mengingatkan bahawa politik Nik Aziz amat halus.
Sedarkah anda kenapa secara tiba tiba Anwar Ibrahim dan barisan pimpinan pakatan secara mendadak boleh bersetuju dengan semboyan Hudud Nik Aziz?Sedangkan kita tahu Anwar dengan pluralismenya dan barisan pemimpim melayu PKR turut pernah menyangah hudud.
Kenapa semua ini? Tahukah anda dalam culaan terbaru,laporan kajian sikap yang dikumpul oleh ketiga tiga parti pakatan mereka melihat penurunan sokongan terhadap pakatan amat drastik yang mencecah 34% dalam masa 3 bulan.Malah paling menakutkan pihak pakatan sudah menjangka akan kehilangan banyak kerusi parlimen.
Ini turut dikaitkan dengan penurunan rating Anwar yang didedahkan dalam satu mesyuarat PKR:klik sini
Banyak isu besar aparat pakatan yang menyentap sentimen rakyat sejak sebelum ramadhan hinggalah sekarang berjaya didedahkan, Apabila isu hudud dibangkitkan seperti biasa Lim Guan Eng,Karpal dan Kit Siang akan membantah.Sebelum ini kita melihat PAS bagaikan menikus dengan DAP dalam isu Islam,tahukah anda selepas ini dalam plot rancangan mereka,PAS pula akan bertukar menjadi abang besar dan DAP berlakon tunduk kepada mereka.
Dikhabarkan satu perancangan sudah digarap dengan rapi, percayakah anda jika selepas ini DAP tiba tiba akan menyokong hudud? Siapakah heronya? Nama Anwar akan dijulang,Siapa yang ber! jaya PAS dakwah,orangnya ialah Kit Siang,Karpal dan Guan Eng.Kesemua nama ini akan digambarkan melalui proses penyucian dan pengampunan oleh PAS kerana mereka menyokong dakwah PAS.
Apa yang berlaku selepas itu? Skrip ini bertujuan untuk menarik semula sokongan orang melayu kononnya PAS berjaya berdakwah kepada DAP. Situasi menang dan menang akan diperolehi oleh PAS dan DAP. Ini kerana DAP begitu mengharapkan sokongan daripada orang melayu dan dalam masa yang sama PAS mahu dilihat sebagai juara umat Islam yang berjaya menundukkan DAP.
Masihkah anda ingat bagaimana Mat Sabu mensasarkan lebih ramai orang melayu akan menyertai DAP? Tujuannya untuk membuktikan orang melayu juga menyertai dan menerima DAP walau pun kita tahu parti ini adalah ultra kiasu rasis chauvanis .
Menurut Datuk S, rancangan ini bertujuan meng"check mate" BN semasa PRU13 nanti.Pokok pangkalnya mereka mahu menang at all cost,hatta berpura pura sanggup merubah prinsip perjuangan kononnya untuk menunjukkan kesepakatan Pakatan Rakyat.
Keratan dari akhbar Haramkah portal lidah bercabang PAS cuba memanipulasi kononnya setengah juta orang menyokong Nik Aziz. Sedangkan lebih ramai penyokong PAS dan pakatan yang keliru dengan tindakan ini,Kenapa?

Pisau kata "Ada lagi yang diceritakan oleh Datuk S"
Lakonan Nik Aziz, Guan Eng
Lakonan Nik Aziz, Guan Eng
A. HAMID ISMAIL
Johor Baharu
Saya merujuk tajuk akhbar Utusan Malaysia pada 26 September 2011 DAP ugut Pas - Semua Pemimpin kanan DAP letak jawatan jika Pas laksanakan hudud.
Saya fikir rakyat terbanyak terutamanya orang Melayu jangan terpesona dengan mainan politik Pas dan DAP ini. Percayalah, ia hanyalah gimik dan lakonan politik mereka semata-mata menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir tiba.
Tiada sesuatu yang baharu dan terlalu istimewa apabila Nik Aziz melontarkan kembali isu hudud ini.
Begitu juga semangat keberanian retorik pemimpin DAP yang cuba digambarkan kepada penyokong Cinanya bahawa mereka akan meletak jawatan beramai-ramai. Itu hanyalah sebahagian daripada retorik bertujuan untuk mewujudkan 'persepsi' hanya DAP sajalah yang sangat peka untuk mendominasi isu yang ada kepentingan dengan orang Cina.
Saya ingin mengingatkan kepada rakyat yang masih rasional, janganlah terlalu teruja melihat perlakuan politik sensasi pemimpin pembangkang ini.
Percayalah, bahawa tiada perletakan jawatan akan dibuat oleh semua pemimpin DAP seperti ugutan yang dibuat oleh Guan Eng itu. Saya juga ingin mengingatkan rakyat, terutamanya orang Melayu bahawa tiada apa-apa yang luar biasa dengan tawaran baharu Nik Aziz kepada anda apabila tiba-tiba beliau didapati berpatah semula hendak melaksanakan hudud berbanding untuk laksanakan 'Negara Berkebajikan'.
Semuanya dijangka dapat dineutralkan semula oleh 'sifu' mereka sebaik diadakan pertemuan pada Rabu, 28 September 2011 untuk membincang isu ini.
Jika Anwar menyokong pelaksanaan hudud Nik Aziz ini, janganlah anda terkejut kalau dan kiranya pemimpin DAP selepas pertemuan ini nanti akan mengikut jejak langkah Anwar untuk menyokong pelaksanaan hudud yang sama atas alasan bahawa mereka telah faham dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Nik Aziz atau wakilnya dalam pertemuan itu nanti.
Jangkaan saya ini bukan retorik, kerana lakonan Nik Aziz mahu pun pemimpin DAP dalam isu ini hanyalah berkisar di sebalik belitan kenyataan Nik Aziz yang tidak sukar untuk difahamkan.
Cuba anda teliti kenyataan Nik Aziz itu dalam akhbar yang sama di muka lima seperti berikut: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, negeri itu (Kelantan) kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya.
Kenyataan ini membawa maksud 'hudud' Nik Aziz yang akan dilaksana di Kelantan akan dilaksana sebagai tambahan kepada hukum sedia ada. Ini bermaksud bukan hudud total yang akan dilaksanakan di Kelantan oleh Nik Aziz seperti yang ditakuti oleh pemimpin DAP kerana ia hanyalah hudud terpilih untuk dilaksanakan hanya kepada orang Islam di Kelantan sahaja yang terikat dengan undang syariah Kelantan sedia ada.
Oleh kerana hudud ini diselit sisip dalam enakmen syariah Kelantan sedia ada oleh Nik Aziz orang bukan Islam tidak terikat dengan undang-undang Syariah Negeri Kelantan, maka apa yang nak 'mengigaukan' sangat oleh pemimpin DAP sehingga mereka hendak segera dilihat dengan politik murahan yang boleh dijangka untuk menjadi hero orang Cina dengan mengugut untuk meletakkan jawatan mereka? Jawatan mana yang mereka nak letak? Jawatan dalam DAP? Atau jawatan dalam kerajaan bayangan untuk ke Putrajaya?
Kepada orang Melayu, kenyataan dan hujah Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali semasa Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Johor dalam menolak perlaksanaan hudud oleh Pas dalam Pakatan Rakyat dan begitu juga kenyataan yang jelas lagi terang oleh bekas Mufti Perlis Dr. Asri atas hujah yang sama sepatutnya telah memberikan kefahaman yang mencukupi untuk memberikan penjelasan kepada orang Melayu mengapa hudud tidak kondusif untuk dilaksanakan di negara ini sekarang hatta di Kelantan sekali pun pada masa ini.
Persoalannya, mengapa Nik Aziz mengetepikan pandangan dan hujah kedua-dua tokoh ini dan dengan tiba-tiba kelihatan sangat garang dan seolah-olah telah 'bersiap-siaga' dengan gagahnya hendak melangkah mayat Karpal dalam usahanya untuk laksanakan juga hudud?
Jawapanya mudah sahaja: Baik Karpal maupun Nik Aziz mereka tidak akan terus berkeras untuk mencari keuntungan politik dengan mengeksploit isu sensasi kepada rakyat kerana pada akhirnya mereka tetap akan berkawan dan menjadi sejuk apabila bertentangan mata.
Comments