PANAS : LIM GUAN ENG BENGANG BILA RAZALI CUBA MELIBATKAN ISTANA....
Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mencadangkan agar Ketua Menteri, Lim Guan Eng diharamkan daripada menjejakkan kaki di Johor.
Menurut Razali, beliau kecewa dengan kenyataan tersebut dan menganggap ia tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin tertinggi negeri.
Mohamed Razali juga percaya Setiausaha Agung DAP itu tidak akan memohon maaf kerana beliau sudah masak dengan sikap Guan Eng yang sombong dan ego semasa menjadi ahli parti dulu.
"Saya ingin memohon sembah kepada Sultan Johor agar mengharamkan Guan Eng masuk Johor.
"Saya yakin dia (Guan Eng) tidak akan meminta maaf kerana dia sentiasa merasakan dirinya saja yang betul,".
Mohamed Razali sebelum ini pernah tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di sini.
Guan Eng dikatakan memburuk-burukkan Johor dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini dengan menganggap negeri berkenaan tidak selamat berbanding Pulau Pinang. - Utusan Malaysia
** Kalau setakat mengharamkan masuk Johor tak jadi masalah pada Guan Eng tapi kalau tangkap dan sumbat dalam lokap Johor....itu akan jadi masalah padanya...
Comments