Muhyiddin Yassin: Pas Timbulkan Isu Hudud Kerana Muslihat Politik
Jelas kita lihat DAP persendakan Hudud, PAS pula mempermainkan hukum Allah! agenda sebenar hanyalah semata-mata untuk kepentingan politik parti Pakatan Haram!
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata tindakan Pas menimbulkan isu pelaksanaan hukum hudud merupakan suatu muslihat politik untuk mengembalikan sokongan masyarakat terutamanya di kalangan pengundi Melayu terhadap parti itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Pas sedar sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu terjejas teruk berikutan keputusannya tidak mahu membentuk Negara Islam, sebaliknya kini mahu menubuhkan Negara Berkebajikan.
"Ia adalah muslihat politik Pas kerana dia tengok akhir-akhir ini sokongan terhadap Pas terjejas dengan teruk. Sebahagian daripada penyokongnya tidak berpuas hati dengannya, katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra rakyat di perkarangan Masjid Jamek Kampung Sungai Bunyi.
Comments