Ustaz Syed Sentap Tuan Ibrahim
Selepas pengumuman mengesahkan calon pilihanraya Kerdau,ternyata apa yang di bangkitkan didalam mesyuarat penyelarasan pilihanraya PAS menjadi kenyataan. Penolakan Tuan Ibrahim sebagai pengarah pilihanraya Merlimau sebenarnya atas niat asal beliau untuk bertanding di Kerdau.
Sidang mesyuarat menjadi medan pertengkaran apabila Tuan Ibrahim tiba tiba menarik diri daripada menjadi calon setelah mendapat tahu Uztaz Syed Ibrahim bertanding.Kalangan yang berada didalam mesyuarat tersebut terus menyindir Tuan Ibrahim Tuan Man kerana takut malah mempertikaikan mengapa sekali lagi mahu meletakkan Hasanuddin yang sudah 2 kali gagal bertanding.
Ada yang bingkas bangun dan terus keluar dari mesyuarat,ada yang tidak kurangnya berkata lebih baik tidak payah bertanding membuang masa terbukti Hasanuddin tidak mampu memberi tentangan kepada BN.
Ada yang pertikaikan apa perlunya kitar semula calon yang ditolak oleh jemaah sendiri. Adalah tidak mengejutkan jentera kempen khawarij PAS nampak tidak bersemangat untuk berkempen apabila Tuan Ibrahim Tuan Man membaculkan diri untuk tidak berhadapan dengan Uztaz Syed Ibrahim .
Kualiti dan perwatakan yang baik oleh Ustaz Syed Ibrahim menyebabkan Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden 1 PAS takut dan tidak rela tumbang demi menjaga imej diri beliau yang berjawatan tinggi didalam hieraki parti.
Pisau kata " ke! marin se mbang sembang dengan Tuan Ibrahim, penakut juga orang tua ni"
Comments