DUN Kerdau, Jemaah PAS- antum jangan tabor fitnah.

by

Walaupun ana jahil dalam banyak perkara agama, ana tidak tergamak mencerca dan mencaci orang yang mencapai maqam ulamak. Sebab Nabi pun ada kata- ulamak itu pewaris nabi. Kalau ana dapat berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz , ana rasa ana akan mencium tangan nya. Pertama dia sudah mencapai maqam ulamak, kedua- dia orang tua yang patut di beri hormat dan ke3, kita hormat sesama Islam. Perbezaan politik tidak perlu di jadikan alasan untuk bemusuhan.

Habib ibra ben yahya ketika berjumpa dengan almarhum habib al maliki, dia merebahkan diri memegang kepala lutut habib al maliki. Demikianlah hemah nya syed Ibrahim ben yahya ini. Demikian juga, bila Jemaah PAS tuduh di beli sijil, dia hanya tersenyum sahaja. Tapi tentu dia tersangat terguris hati kerana Jemaah PAS yang menghayati tata susila Islam sanggup menabur fitnah.

Ana tidak menyangka, hari ini ana akan mengatakan bahawa Jemaah PAS hari ini, belum tentu menghayati tata susila. Hari ini ana kena menyatakan mereka kaki temberang dan pembohong.

Dalam kerakusan hendak menang DUN Kerdau dengan cara apa pun, mereka sanggup menuduh bahawa Syed Ibrahim ben Yahya membeli ijazah nya. Kalau mereka ada bukti, janganlah lengah, sila kemukakan. Jika tidak boleh, dan ianya bersandarkan kempen bisik2, maka ternyata PAS membohong rakyat kerdau. Ana ingin sarankan- hendak tengok hebat tak hebat ben yahya, ni, elok di ada pedebatan dalam bahasa Arab di antara calun PAS dengan calun BN. kita akan lihat, dari segi penghujjahan, syed ibra ini ada ijazah atau tidak.

Ana mahu pesan pada sahabat ana syed ibra- enta jangan layan orang PAS macam ini. Anda mempunyai tata susila lagi baik dari Jemaah PAS. Selama ana bersama enta, enta tidak pernah mencerca atau berkata buruk mengenai calun PAS. Dan rakyat tenyata senang hati bila mendengan enta membaca ayat Kulilla hummama likal mul kitu'til mul Kaman tasya'…Allah akan menaikkan sesiapa yang Dia kehendaki. Ternayta, enta lebih menyerah kepada Allah di dalam menentukan siapa yang akan naik dan turun.

Yang ana musykilkan, ialah mengapa PAS tidak mencalunkan Nasarudin Hasan Tontowi untuk berdepan dengan enta. Nasarudin pun belajar di Mesir. Jika di lihat dari umur, rasa nya dia enta punya junior di Mesir. Daripada nama nya, ana rasa di belajar di tonton. Enta belajar di Al Azhar. Mungkin dia kenal enta. Rakan dia yang ada di mesir atau yang datang kemudian dari enta, tentulah akan bertanya rakan yang terdahulu perihal enta. Mereka akan cerita bahawa enta sudah 7 tahun di Mesir dan belum balik2. Mungkin dari situ mereka buat telahan enta tidak lulus al azhar. Al maklum lah anak anak muda cepat membuat telahan. Kalau lama sangat di Mesir, jawab nya tidak pas pas. Ana tidak tahu sistem pembelajaran universiti di Mesir- berapa kali boleh di benarkan tidak lulus atau berapa tahun di benarkan untuk menghabiskan tahap degree.

Sahabat2 enta tahu apa yang berlaku. Enta seorang yang suka berguru di pondok dan pesanteren di Mesir. Rakan enta bilang kerje enta ialah mendapatkan guru guru masyur untuk belajar hel ehawal agama. Oleh kerana asyik mengejar ilmu agama secara bertalakki itu, enta mengambil masa yang lebih untuk mendapat degree.

Nasarudin Tontowi tentu tahu mengenai hal ini. Kalau dia was was atau tidak tahu, sebagai seorang yang berperwatakan ulamak muda, dia mesti menghentikan Jemaah PAS daripada menyibar fitnah. Jangan biarkan perbezaan politik menjadi halangan untuk bertata susila.

Ana tidak hendak tuduh sape sape dalam hal ini. Tapi kumpulan yang boleh menabur cerita temberang macam ini tentulah dari kumpulan mereka yang belajar di Mesir. Apatah lagi, di Mesir walaupun belajar di berlainan university tentulah sesama pelajar ada kala nya berjumpa dan berkumpul. Bila berkumpul, mesti lah ada yang menyatakan- sheikh, ana dengar orang kata, syed Ibrahim ben yahya tu dah tujuh tahun kat Mesir ini. Asyik lingkup je.

Jadi boleh jadi puak Pas dengar cerita buah mulut. Syed Ibrahim memang lah lama di Mesir. Orang ambik 3 atau 4 tahun, dia ambil masa 7 tahun untuk dapat ijazah. Tapi orang mesti selidik sebab apa dia lama disana. Pertama, mungkin bidang pengkhususan yang di ambil memang susah. Jadi dia ambik masa yang lebih lama. Atau mungkin, dia sengaja nak duduk lama dekat Mesir.

Tuan syed Ibrahim al yahya ni, dia punya kesukaan ialah pergi berguru dengan ulamak di Mesir. Jadi dia buat stail ulamak ulamak zaman dulu- pergi berguru dari seorang tok guru kepada tok guu lain. Sebab itu dia belajar bahasa dan kesusateraan Arab untuk mendalami jiwa pak arab. Dengan keahlian bahasa dia dapat faham mesej yang hendak di sampaikan oleh tok guru sama ada yang tersirat atau tersurat.

Ana merasakan lama nya syed ibra besuaka di Mesir adalah satu hidayah untuk kita semua. Bahawa dalam UMNO pun ada bakat yang boleh membawa dan membudayakan Jemaah UMNO ke jalan kebaikan.

Kepada para pengundi Kerdau, antum semua jangan gugup dan gundah gulana. Jemaah PAS yang sanggup membuat fitnah dan bohong antum semua, sudah kehilangan modal untuk mengalahkan calun UMNO.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012