Regim Guan Eng Guna Anjingnya Dari Umno Serang FAP

Sebelum ini Pisau ada mendedahkan perancangan Guan Eng untuk menDAP kan persatuan bola sepak Pulau Pinang.:klik sini , Malah isu perancangan jahat Guan Eng turut disahkan oleh Setiausaha kehormat FAP.
Perancangan jahat ini bertujuan untuk menjatuhkan dan memalukan Ds Zahrain Hashim ,Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru memerangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang(FAP).
Ds Zahrain berusaha untuk menaikkan imej FAP yang dilihat amat teruk kebelakangan ini.Beliau merancang untuk mengadakan majlis makan malam bersama PM yang juga akan merasmikan majlis penjenamaan FAP pada 2/4/2011 di Hotel Equeltorial nanti.
Namun Guan Eng telah mengarahkan balacinya YB Malik Itik dengan kerjasama 10 orang AJK FAP termasuk 4 orang ahli Umno Bahagian Tanjong berusaha mendapatkan tanda tangan undi tidak percaya terhadap Ds Zahrain sebagai presiden FAP.
Pada 22/2/2011 semasa taklimat latihan kepada pemain di padang USM,Roberst Scully Ketua jurulatih memaklumkan presiden baru akan di lantik dan presiden lama akan dibuang.Robert Scully menghasut pemain katanya presiden lama cuma tau cakap dan tak tau buat kerja,malah gaji pemain turut tidak dibayar. Regim DAP mengunakan YB Malik untuk membalas dendam terhadap Ds Zahrain yang sebelum i! ni mende dahkan kejahatan Guan Eng yang semua orang tahu seorang chauvanist ultra kiasu dan rasis.
Malangnya ada orang Umno sanggup belot kerana dijanjikan gelaran Datuk serta akan dikurniakan pingat kebesaran TYT atas sokongan Yb Malik yang sekarang ini dilihat mahu merampas kuasa FAP.Yb Malik mengunakan pengaruhnya sebagai bekas Ketua Pemua Umno dan AJK Bahagian Tanjong telah berjaya mempengaruhi beberapa ahli Umno Bahagian Tanjong untuk menyokong beliau.
Malang sekali ada ahli Umno sanggup belot dan sanggup menjadi anjing kepada regim DAP, Gulam Rasol dan Rahmatullah Jaja Mydin bersekongkol bersama Yb Malik sebagai balaci Guan Eng untuk hancurkan pimpinan FAP.
Yb Malik dan berjanji untuk memberikan anugerah Datuk kepada Gulam,dengan gelaran Datuk yang dijanjikan Gulam telah bersama Yb Malik sanggup untuk sabotaj FAP
Ameer Usop menjadi balaci membuat surat kononnya nak buat usul tak percaya kepada kepimpinan yang sedia ada.
Gulam dan Rahmatullah bukan saja pengkhianat kepada FAP dan orang bola Pulau Pinang,2 ekor anjing ini sanggup menjual bangsa sendiri semata mata mahukan pangkat dan wang ringgit.Yb Malik turut menyogok beberapa ribu ringgit sebagai habuan atas konspirasi ini.
Si kitol dari Umno bersekongkol bersama Yb Malik dan Guan Eng sanggup menjadi pengkhianat dan menjadi balaci regim DAP semata mata untuk menggagalkan kerajaan pusat untuk membantu FAP
Mereka sanggup bersekongkol bersama Guan Eng untuk menggagalkan usaha Ds Zahrain mendapatkan bantuan yang boleh membantu masaalah kewangan FAP.
Pisau kata " keluar dari umno la kalau tergila sangat nak jadi datuk DAP"
Comments