Galas: Calon PAS Orang Luar Di Boikot
from PISAU.NET

Mana Ustaz Lah? Itulah soalan yang tidak dapat dijawap oleh PAS Gua Musang.Kalangan jentera PAS tertanya tanya kemana perginya Ustaz Lah dan penyokongnya.
Kelmarin seharian bersama jentera PAS kalangan mereka merungut apabila sudah timbul isu penyokong Ustaz Lah memboikot dan tidak memberi kerjasama dalam gerak kerja jentera.
Hari ini timbul lagi isu kehilangan Ustaz Lah.Di ceramah atau pun mana mana aktiviti kempen langsung tidak kelihatan.Pisau ada bertanyakan kemana perginya Ustaz Lah,namun tiada siapa yang mampu menjawap tentang kehilangan orang kuat PAS Gua Musang ini.
Kehilangan Ustaz Lah yang tidak membantu dalam mana mana program PAS,ternyata berlaku boikot dan jelas membuktikan kekecewaan dikalangan penyokong PAS Gua Musang apabila orang luar dijadikan calon PAS untuk PRK Galas.
Agak menarik sudah kedengaran kalangan penyokong kuat Ustaz Lah akan melakukan sesuatu yang mengejutkan semasa tempoh berkempen di sini.
Pisau kata " PAS guna gengster untuk takutkan pengundi cina di pekan lama"
Comments